Jumaat, 30 September 2011

ntah lah apa nak jadi pun tahu....

tinggal hanya 21 hari jerk lagi.....bukan 21 hari mencari CINTA...tetapi 21 hari menuju ke exam akhir smester, PSPM I....tapi aku ni macam kurang kesedaran mengenai ni, tambahan lagi minggu ni sangatlah sibuk, sampai malam pun ada jerk aktiviti.....tambah lagi kisah blackout....stress pun ada gak.... tapi belajar macam nak tak nak jerk sekarang ni....

tapi since semalam dah kena motivate dgn kaunselor KMJ (sebab result UPS kurang baik) so dah ada lah sikit kesedaran, tapi macam tak sepenuh nya lagi....petang tadi pun ada lagi ala2 ceramah motivasi, tapi masih tak jalan gak....apa lah sebabnya agak nye erk??

tambahan semalam kejadian di mana kain aq terkena bubble gum, oleh manusia yang sangat tidak ada 'ADAB' sebab lekatkan bubble gum yang dah di kunyah dekat tepi meja dekat kafe....sangat L****T.... tak pasal kain baju kurung aq terkena, nasib baik colour baju kurung yang aq pakai masa tu colour orange-peach, so tak nampak sangat, tapi teruk aq nak membersihkan bubble gum tu, sebab dah geram sangat selamba jerk angkat kain bersihkan bubble gum...(tapi tak lah sampai angkat kain nampak kaki...aq pakai kain dalam lah)
dah malas nak cite pasal tu....buat sakit hati jerk.... orang lain boleh jerk lepas kunyak bubble gum buang kat TONG SAMPAH, tu manusia baru keluar dari hutan kot...grrr...

sebab perkara tu lah aq tak update blog semalam, sebab sakit hati punya pasal, nasib baik lah tahap kesabaran aq masih ada, kalau tak ada gak yang kena maki hamun kat group dalam FB tu...

tapi hari ni ceria sikit sebab mendengar motivasi dari bekas Kaunselor KMJ (tukar/naik pangkat menjadi pensyarah kokorikulum) sebab cara dia bercerita sangat menarik (ialah dah 6 tahun pengalaman) lepas tu memberi tips menjadi pelajar yang cemerlang....cuma sayangnya tak sampai separuh student yang datang dalam majlis tu.....*perasan bagus agaknya budak2 tu...

ntah lah, dalam minggu ni rasa macam nak marah jerk....
cara aq menghilangkan stress dalam minggu ni adalah dengan berjalan2 di tepi padang atau duduk tepi padang tengok orang.... pada aq cara tu antara cara yang dapat membantu aq menghilangkan stress dan menambahkan oksigen dalam darah, so masa dalam kelas tak ngantuk sangat compare dengan sebelum2 ni....


love
awin


p/s : wahai hati tidak perlulah kau memikirkannya lagi..

Rabu, 28 September 2011

tak suka! tak suka...!!!

gambar dari Mr. Google

kejadian di semalam hari (*apasal pelik sangat ayat permulaan aq ni??) di mana KMJ BLACKOUT....warghhh..... kejadian yang menyebabkan 2 kuliah aku tertangguh dah terpaksa diganti pada hari lain...tak suka lah....

hari Isnin lepas (minggu ni)  pun petangnya blackout, sebab dengar kata ada kebakaran dekat TNB punya apa ntah tu....punca kemungkinan dari litar pintas....berpanas lah petang tu....
hari selasanya plak (semalam) bekalan elektrik ditutup sebab kerja2 baik pulih di lakukan....yang tak suka nya sebabkan itu, kelas tertangguh, belajar dalam kepanasan + kegelapan + gangguan lalat (sebab tak ble nak tutup pintu dewan kuliah), masa bekalan elektrik ada pagi tu, lampu ada, tapi air-cond tak de....mau tak berkipas semua....

bekalan elektrik pagi tak de, lepas tu tengah hari ada balik, lepas tu petang (pukul 3.00p.m) tak ada balik sampai pukul 9.30 malam....haru gila, malam tak ble nak study sebab gelap, dah ramai2 ke bangunan Dewan Kuliah sebab kat area situ n beberapa area lain jerk yang ada elektrik....grr...kelas tambahan Kimia untuk kuliah aq pun dibatalkan sebab tak de elektrik.....punya lah semangat datang mengharap ada kelas supaya habis silibus cepat....tapi....hurm....

harap2 tak de lagi lah gangguan bekalan elektrik lepas ni....huhu....


luahan hati sebab geram...haha...

siapa yang tak tahu apa itu BLACKOUT, klik sini


love
awin


p/s :  alhamdulillah, ramai gak orang yang baca entri Informative 1
p/s : si dia muncul kembali setelah menghilang.....membuat fikiran tak tenang...

Selasa, 27 September 2011

Informative 1 :Apa itu blog?

mulai hari ni, aku nak jadikan hari Selasa sebagai 'INFORMATIVE DAY' sebagai langkah untuk menjadikan kita manusia yang ber'informative' hehe...dan informative day ni, aq harap menjadi hari perkongsian maklumat yang bermakna yang orang jarang tahu mengenainya tetapi selalu mengalaminya....huhu...



entri kali ni sekadar perkongsian ilmu mengenai apa itu BLOG? sebagai seorang BLOGGER kita juga perlu ada sedikit informasi mengenai perkara yang kita lakukan iaitu BLOGGING...
info ini adalah nota saya bagi Subjek Science Computer (Matriculation)

  • Blog is one of the Type of Web Sites
  • Blog is a short for webblog
  • Blog is an informal web site consisting of time-stamped articles or posts in a diary or journal format, usually listed in reverse chronology order.
  • Blog reflects the interest, opinions and personalities of the author (blogger) and sometimes are visitors

  • Importang means of world wide communication
~ vlog (a video blog) - a blog that contains video clips
~ microblog - allows users to publish short message (like twitter)
~ Blogsphere - worldwide collection of blogs
~ Vlogsphere - all vlogs worldwide
~ Blogger - blog author
~ Vlogger - vlog author


so lepas ni kalau orang tanya apa itu BLOG? korang boleh jawab dengan jawapan yang lebih tepat kan...


p/s : ada ke blogger lain yang nak buat 'Informative Day' dalam blog diorang erk???

Isnin, 26 September 2011

IcE cReAm TiMe

haha...dah lama nak makan ice-cream Wall's....tapi tu baru berkesempatan nak makan...hehe...
ice-cream pilihan adalah Lychee Fruttare....1st time makan....

sedap....siap ada buah lychee lagi dalam ice-cream tu....hehe....lychee is one of my favorite fruit and drink...
mula2 makan macam pelik....tapi lepas dah lme2 sedap plak....




i just know that Wall's Fruttare is made with real fruit with only 60 kcal per serving....
patut lah sedap....hehe...

more info about other ice-cream from Wall's Click here

Ahad, 25 September 2011

beraya ke rumah bella...

kisah semalam, di mana kami semua 1 kuliah praktikum (MD4) keluar beraya ke rumah salah seorang classmate kami iaitu Bella....plan asal, nak ke rumah Bella adalah 2 minggu yang lepas, tapi  di sebabkan masa itu parent dia tak de kat rumah, so postpone ke semalam....dan kebetulan juga semalam family Bella membuat 'Open House'...hanya beberapa orang jerk yang tak ikut sebab ada hal lain...huhu...

kite orang gerak ke rumah Bella dalam pukul 11.30 a.m....rumah dia dekat jerk...dalam 10 minit dari KMJ dah sampai dah...huhu....kite orang pergi dengan menaiki van dengan 3 round (ialah, sekali naik bukan boleh muat lebih 20 orang kan....nme pun van, so kapasiti dia kecik lah...)

sampai kat rumah bella, semua malu2 nak masuk...sebab ada tetamu parent bella....lepas dah masuk, salam2, pastu, duduk jap, tunggu turn nak amik makanan....part ni best, sebab ada macam2 makanan, n purata makanan itu adalah masakan mak bella...ada lontong, roti jala, laksa, ayam panggang, kuah kacang, n puding....pastu apa lagi makan lah....hahaha...

budak perempuan dah habis makan, baru lah budak lelaki sampai....lepas tu borak2.....sangat happening....

 makan....dari kiri belakang : Kak Izni, Sufian, Shahrul
duduk bawah : Wani dan Yeap

 orang dah habis makan, si Wani (baju pink) tak habis2 lagi makan...haha..
belakang dari kanan : Syam, Sufian, Fikri

  girls = gossip....haha...
dari kiri atas : Mas, Nad, Alin, Rin

 muka baru lepas makan....dari kiri : Izwan, Fazrin, Kama


anak tuan rumah Bella....thanks Bella...taun depan ajak lah lagi...hehe...




dah habis beraya ke rumah Bella, alang2 dah keluar, apa lagi....outing lah...
masa outing tu, aq beli tudung sehelai, tudung yg nak di matching kan dengan baju raya aku yang satu lagi....haha...dah nak habis raya baru nak beli tudung....huhu...

lepas tu pusing2, last skali singgah KFC sebelum balik KMJ blik...sampai kat KMJ dekat pukul 4 ptg... ok lah kan...haha...


love
awin


p/s : tak sangka ada sorang blogger lelaki dalam praktikum aku...haha..

Sabtu, 24 September 2011

2 majlis 2 malam

kisah malam Selasa n Rabu lepas.....aq gabung jerk lah ea....sebab yang majlis malam Rabu tu ada satu jerk gambar....huhu...

1st cerita pasal malam Selasa....
malam tu telah diadakan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Ke-54 di Dewan Seri Ledang...
pada asalnya, majlis bermula pukul 8.30p.m iaitu selepas solat Maghrib dan tahlil kemerdekaan, tapi majlis dilewatkan sehingga lepas selesai solat Isyak...

macam biasalah tintatif program, ketibaan Pengarah KMJ, lepas tu nyanyian lagu Negaraku dan lagu  Persada Gemilang (lagu KMJ), then ucapan Pengarah....lepas tu ada persembahan...

persembahan pertama adalah deklamasi sajak oleh Pengarah KMJ bersama Pensyarah Unit Bahasa Inggeris (tak ingat lah nme lecturer tu...hehe..), lepas tu ada deklamasi puisi oleh pelajar, then ada persembahan koir daripada kakitangan KMJ, lepas tu ada persembahan nyayian lagi 'Saya Anak Malaysia', '21 Guns' n 'Price Tag' (yang 2 lagu inggeris tu aq pun tak sure apa motif lagu tu dinyayikan) n persembahan tarian kuda kepang, yang tarian ni, roomate aka classmate aq Ika pun ada menari, n aq tak sangka ada seorang penari lelaki yang buat persembahan tu adalah ex-classmate aq masa sekolah rendah...(baru tahu few days ago)

then sebelum majlis tamat, ada persembahan lagu patriotik daripada kumpulan koir (pelajar) yang ni best....semua nyanyi ramai2 sambil kibar Jalur Gemilang...majlis tamat hampir pukul 11....

Ayahanda a.k.a Pengarah KMJ....mendeklamasikan sajak

koir staff KMJ

'21 Guns' suara penyanyi dia best...

*insyallah kalau sempat nanti aq nak masukkan video tarian kuda kepang....

skang cite pasal majlis pada malam Rabu plak...
malam tu ada majlis perpisahan Timbalan Pengarah KMJ sebab kenaikan pangkat menjadi Pengarah di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (kalau tak salah lah..), yang majlis ke-2 ni hanya diadakan di Masjid An-Nur KMJ....masa malam tu, tak sampai separuh pun student yang turun....sangat ****... orang lain sanggup susah2 datang, tapi diorang tak....orang lain pun nak kena belajar gak, tapi boleh jerk turun....diorang adalah sangat SELFISH...







malam tu yang jadi panjang sebab ucapan timbalan pengarah jerk yang lama....n juz ada persembahan sajak jerk....ialah majlis dalam Masjid tak kan nak nyanyi2 plak...huhu...
lepas tu ada penyampaian hadiah kepada Timbalan Pengarah....then tiba2 ada ni :


sangat comel....rajin betul diorang ni....haha...
dan majlis tamat pada pukul 10 lebih...


dan 2 hari tu lah aq tak study sangat....balik bilik, siapkan apa2 yang patut, kemas beg pastu terus tido....huhu...aish....bila lah nak study betul2 ni....huhu...


love
awin

p/s : sangat tak tenang bila mengalami masalah hati...

Rabu, 21 September 2011

10 over 35

gambar dalam entri ni hanya 10 daripada 35 gambar asal yang memerlukan penjelasan....gambar pelik2....
nak tengok senarai penuh, KLIK SINI






















i've no explanation to all that picture.....

Selasa, 20 September 2011

oooooo.....balik kampung....

Salam....
hye u all's...
haha...*gedik

ni cerita hari Sabtu lepas....hehe...
masa kat rumah hari tu, disebabkan excited sangat cuti 3 hari....tu yang sampai terlupa blog ni....haha...
ia lah....time kat rumah tu jerk lah aq dapat blogwalking....kalau kat kolej....lambat yang amat internet nya, so malas nak blogwalking kecuali beberapa blog jerk...tu pun sebab dah suka baca blog orang tu lah kan...hehe...

ceritanya pasal hari sabtu lepas di mana pagi2 yang amat lagi aq telah dikejutkan oleh mama aq, dia tanya nak iku tak g balik kg. petik buah pulasan??? disebabkan telah lama diri ini tidak menjejakkan kaki ke kampung, dan disebabkan kesukaan pada musim buah-buahan itu adalah buah pulasan, so apa lagi terus stuju dan lari ke bilik air mandi....

tapi sebelum ke kg tu, kena g antar akak aq g keje dulu, sebab kereta lagi 1 rosak....erk...
then lepas antar akak aq, g beli breakfast, then terus zassss ke kg.....huhu...

sampai kat kg, terus ke-exited-an terlebih....tapi tak tolong petik buah pulasan pun, sebab saya pakai sandal dan bukanya kasut...huhu...so masuk jap dalam kebun, pas tu kuar balik, dok dalam kete....
dalam kete makan breakfast yang beli tadi, pas tu boring dengar radio, pas tu boring lagi, tengok tv kat dalam kete....nasib baik ble tengok tv kalau tak, macam hape dah aq jadinya...haha...
boring tengok tv, keluar balik masuk kebun (nape ayat aq tonggang tebalik ni???)  lepas tu masuk balik dalam kete....lebih kurang 3 kali gak lah aq buat macam tu, haha...

lepas tu dalam pukul 1 baru kite orang gerak balik.....tapi sebelum tu singgah JB jap amik akak aq balik dari keje....dan akhirnya pukul 3 pagi lebih baru sampai rumah....huhu....plannya nak ke open house pun tak jadi, sebab dah petang....huhu...

 anak sapo lah ni??? haha...


bunga apa ntah ni....sape tau ni bunga apa??

sapa dapat jawab dengan betul ni aq promote blog dia seminggu......hehe...insyallah lah...


love
awin

p/s : malam ni ada majlis penutupan bulan kemerdekaan di KMJ....malasnya nak g...huhu..


Jumaat, 16 September 2011

sekitar Jamuan Raya Perdana KMJ


kali ni bercerita pasal Majlis Sambutan Hari Raya Perdana di KMJ... Sambutan Hari Raya ni telah diadakan pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 11/9/2011....

Majlis tu bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari....tapi disebabkan aq PRD so kena buat kerja.....pagi2 pukul 8 lebih dah terpacak kat Dewan Seri Ledang (DSL)....n disebabkan pagi tu hujan so venue majlis hari tu ditukar ke dalam DSL dari asalnya luar DSL....dan kerana itu juga lah, kami PRD kena susun kerusi dalam dewan plak....erk...tapi kerana kerja sama yang baik dar semua PRD....so kerja dapat disiapkan cepat....dah habis kemas, terus cepat2 pilih tempat duduk yang stategik sebelum student lain datang....haha...

 bersama Ciik Sue my roomate

 persembahan nasyid yang tak best gak ur..


 with Bella...ei dah tinggi ur Bella...haha..


kroni Teknik JB di KMJ...


at my toilet room...haha...

cume time jamuan tu kureng sikit sebab terganggu dek hujan....susah nak amik makanan sebab kena redah hujan....makanan nya ok lah.....huhu....

then dah habis jamuan, aq dan yang lain2 kena kemas DSL sekali lagi....huhu...
tapi lepas kemas tu yang best tengok gelagat student KMJ dengan rakan2 mereka berpeluk bergambar dan bergelak ketawa......saya sangat suka perhatikan orang ok....n i watched it alone....huhu...


love
awin

Rabu, 14 September 2011

Wordless Wednesday 1



p/s : esok balik rumah...pas tu next week n seterusnya tak ble balik or outing lagi...huhu

di sisi positif



mari kita lihat 'Why Math is Interesting?'

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

renung-renungkan......


*Copy paste dari muka buku
*Gambar ikhsan Mr. Google

Selasa, 13 September 2011

kalau jatuh....

gambar dari MR. GOOGLE

Cara Cover Malu Sengal =.='

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskalanda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kalisupaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olahanda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?...

di copy paste dari Facebook

Isnin, 12 September 2011

bersama mentor di KMJ

ni cerita Jumaat lepas...
agak awal gak mengupdate....hehe...

pagi nya macam biasalah, kelas dari 8 pagi sampai 12 tengah hari straight, non-stop....
lepas tu petang tu plak ada program Mentor Mentee... program tu start pukul 3 petang sampai 4.30 petang hari Jumaat....tapi tak setiap minggu...

al-kisahnya, petang tu, rupa-rupa nya ketua praktikum aq dah request kat mentor kite orang nak buat makan-makan....dan disebabkan mentor kite orang tau pasal program tu last minute, so makan apa yang ada jerk lah....huhu...

so lepas dah amik attandance tu, bergerak lah kami ke Kafe A ....buat kali ke-2 nya aq ke Kafe A (kafe budak laki...) hehe...

sampai sana mula lah proses makan-makan....ada ayam KFC, belinjai (keropok pahit tu...tak sure nama sebenar dia...hehe), pisang goreng, buah pisang, jajan n air...ok lah kan untuk last minute punya planning....hehe...n the best part semua tu mentor kite orang yang belanja...hehe...


boys yang 'kongker' makanan


kami dapat yang simple2 jerk...haha..

pisang time...

yang baju biru tu mentor kite orang...En. Noor Mazlan

Xavier yang paling banyak cakap....

yang paling banyak amik ayam...haha...juz kidding...


sebahagian jerk dapat amik gambar, sebab sibuk makan.....
gambar ramai2, pada photographer yang tak di kenali...ahakzz...
nanti kalau dah ada aq update....


ok dah nak g kelas ni....
tata...


love
awin

Isnin, 5 September 2011

pokai lepas raya

auto publish entry


sehari sebelum balik semula KMJ, dengan suka hatinya aku keluar ngan akak n adik aq, g Jusco Bukit Indah....
sampai sana, jalan2, pusing2, pas tu sambar bag 1.....then, jalan2 lagi...lepas tu ternampak someone yang aq kenal....tapi tak ingat nme dia...haha... orang tu tengah buat persembahan tarian dekat JJ Bukit Indah....


yang berbaju biru tu yang aq maksudkan...

then jalan2 lagi lepas tu macam biasa lah kan....singgah Big Apple beli donut....
dan disebabkan aq menggunakan kupon yang diberikan masa buat kad 365 Big Apple RM15 untuk 6 donut dan 1beverage...part beverage tu yang best....amik antara air yang termahal kat Big Apple....Classic Chocolate...sangat sedap....dan harga asal minuman tu RM9.90...sangat berbaloi beli kad 365 tu....hehe....




lepas dah beli donut apa lagi balik ur....tapi sebelum balik kite singgah jap kat TuttiFrutti untuk pertama kalinya...haha....masa malam raya ari tu kite orang dah survey dah tempat nya...n memandangkan mase otw nak balik dah lalu kawasan tu, so apa kata singgah....so tak de lah kempunan kan....haha...

masa sampai sana, tengok ramai orang....n kebetulan jiran aq pun ada kat situ gak ngan family dia....so lepas beli tu, dok lepak makan ais krim ngan jiran aq tu...kite orang amik cup yang sederhana pas tu makan share 3 orang....sweet kan...haha...

gambar blur...tapi nak tayang gak...


macam ni jerk dah RM15.90....erk kalau selalu mau pokai....haha..

lepas dah makan kite gerak balik rumah....
hehe...sangat seronok dapat makan/minum yang sodap....haha...


love
awin


p/s : spe nak belanja aq makan TuttiFrutti lagi?? hehe..






Sabtu, 3 September 2011

cerita raya

dah masuk raya ke-5 baru lah aq nak update pasal cerita raya aku....hehe....
ni sebab nak mendapat kan gambar daripada abang aq lah.....huh...


macam tahun2 lepas....1st day raya, kita orang kat rumah....
lepas sembahyang raya, bermaaf-maafan, lepas tu makan...then g beraya ke rumah makcik aq kat Pekan Nanas n Pontian....lepas tu petang baru g balik kampung ayah aq plak kat Segamat...
kite orang dekat segamat sampai raya ke-3....erk...

lepas tu pagi khamis dah gerak balik Senai....lebih kurang macam tu jerk lah raya tahun ni...biasa2 jerk....


my father n my mother




the girls with my parents

my brothers with my mum

the boys





the girls

my family



warghhh....esok dah nak balik KMJ....malasnya....
rasa macam sekejap sangat jerk cuti....padahal dah 2 minggu....
ni assignment pun tak siap lagi....nasib lah....haha..


love
awin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...