Jumaat, 28 September 2012

cerita lari...

Salam, hye semua...lama x update...hehe...
Almaklum ler....pelajar baru *baru ker??? Dah nak sebulan dah....hiks....* so agak sibuk sikit nak uruskan macam2 hal....

Dan hari isnin lepas baru setel antara hal yang agak besar iaitu PTPTN....bahagia nya bila dah serah perjanjian PTPTN tu.....haha....

Tapi sebelum dapat bahagia tu, macam2 perkara terpaksa dilalui aq....
Memandangkan jadual kelas aq untuk hari isnin, gap hanya waktu tengah hari smpai pukul 4 ptg, so lepas Zuhur bru aq g hantar borang tu....tu pun pukul 2 bru nak turun dari bilik....hiks...sampai dekat Pusat Sukan, macam orang tak ada hala tuju nak buat apa... Denga ringan mulut nye aq bertanya orang yang ada dalam tu, jawapan yang dapat menghampakan....tapi nasib baik masa tu ada classmate aq, so dia lah yg bagi tahu...

Lepas tu saja lah compare kan borang yang aq ngan kawan aq ada...alamak ai.....aq tak cukup borang permohonan sebab aq tak print borang tu....kawan aq cakap kena ada borang tu....so terpaksalah pergi ke library dekat fakulti sebab nak print borang tu....lepas dah print patah balik ke pusat sukan...amik nombor...dan aq ada lebih kurang sejam lagi sebelum kelas bermula....dan nombor aq seratus lebih lagi dari nombor yang baru dipanggil....kalau ikut logik memang tak sempat nak ke kelas on time lah kan...

Tapi kebetulan roomate aq pun ada kat situ dan dia ada nombor lebih yang lebih awal, so dia bagi kat aq.... Selesai hantar borang, turus cepat2 g kelas....

Masa sampai kelas tu, ngam2 pada waktu nyer....huhu....kelas pulak sampai pukul 6 petang...tahan jerk lah...dengan penat dan panas nyer lagi....haha....dugaan...

Tapi Alhamdulillah semua dah selesai....tinggal tunggu duit masuk jerk....muahaha....






Ni lah yang menyebabkan baju aq basah dek peluh...huhu...



Love
Awin
posted from Bloggeroid

Rabu, 19 September 2012

1st day kuliah

Salam....
kali ni nak share 1st week selepas berakhirnya MDS....

hari pertama iaitu hari Isnin, pukul 7.30 pagi dah bergerak ke bangunan fakulti....sebabnya nak tahu apa agenda untuk hari tu....tapi bila naik ke aras pejabat akademik, tak ada apa2 notis pun.... so beria lah gerak ke DATC, sebab dalam salah satu taklimat masa MDS tu, ada dinyatakan kena ke DATC untuk taklimat akademik, tapi tidak di spesifikan kepada mana2 fakulti. bergegas lah naik bas, sebab nak ke DATC...sampai2 dekat DATC, tak sampai seminit aq duduk, ada pengumuman bagi tahu, untuk fakulti engineering tidak terlibat dengan taklimat di DATC pada masa tu..... walaweeee.....penat tak hilang lagi, dah kena halau.....

lepas tu, berjalan kaki ke bus stop kolej perindu, sebab nak balik fakulti balik....turun dari bas, jalan nak ke fakulti, tanya lah mereka yang telah berpatah balik dari bangunan fakulti, dan mereka kata untuk fakulti aq, tak ada apa2 program untuk hari Isnin....keesokkan hari nya baru ada program....

penyudahnya, balik bilik, sambung tido....haha....fakulti lain ada yang dah start kelas dah....huhu...

hari Selasa dan hari Rabu untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik ada Program Pemantapan Wawasan....taklimat lagi.....huhu....ok lah, otak pun belum ready nak belajar....hehe.... 
hari Khamis dan Jumaat baru masuk kelas....2 hari kelas, baru 2 orang lecturer yang masuk.... yang lain belum lagi....total subjek aq amik untuk 1st semester ada 7....huhu....

so far hidup di u, sangat perlu berdikari....nak pergi kelas pun kena pandai2 daftar subjek sendiri dan pilih kelas sendiri....
niat mesti betul iaitu kerana ingin menuntut ilmu, insyallah tak ada masalah....




love
awin


Isnin, 17 September 2012

Minggu Destini Siswa UiTM

Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Shah Alam.....
atau dengan bahasa mudahnya minggu orentasi....huhu..... sangat berbeza MDS di UiTM berbanding dengan MPPB KMJ dulu..... kalau masa MPPB dulu banyak ikut modul, tapi masa MDS boleh dikatakan sepanjang masa ikut Kolej masing2 (untuk mereka yang tidak tahu, kolej adalah asrama tempat tinggal para pelajar, tapi tak macam asrama sekolah ler...hehe)


disebabkan aq student engineering, so aq tinggal di Kolej Mawar....Mawar Is The Best....hehe..
bilik aq terletak di tingkat 7....hamik ko, masa MDS tu, naik atau turun bilik aq guna tangga jerk.... tak kuasa nak tunggu lif dengan orang yang ramai....haha....tu baru tangga kolej....


sepanjang minggu MDS tu, semua pelajar baru (PB) dibantu oleh pembantu mahasiswa (PM)


masa MDS tu macam2 jenis taklimat kena dengar, dan semua taklimat itu diadakan di Dewan Agong Tuanku Cancelor (DATC), untuk ke DATC tu, semua pelajar dari kolej perlu menaiki bas UiTM, kecuali PB dari kolej Perindu (lelaki)
masa di DATC tu kena duduk ikut kolej, PB kolej Mawar duduk di Aras 1....dan untuk naik ke aras 1 tu, perlu naik 126 anak tangga dari bawah.....*nampak tak kerajinan aq mengira anak tangga di situ...haha...* tapi kalau dari GF tak de lah smpai banyak tu anak tangga kan....tu dari bawah sekali bangunan DATC tu...tempat bas turunkan kite org....
sehari tu adalah dalam 3 kali ulang alik masuk DATC tu.....pagi datang, tengah hari balik kolej untuk makan dan solat Zuhur, pukul 2 datang balik....petang balik kolej....malam lepas Maghrib atau Isyak (bergantung pada agenda hari tu) datang balik ke DATC, dan biasa pukul 11 atau 12 baru balik semula ke Kolej.....


macam tu selama 5 hari... lagi 3 hari tak macam tu ler....by the way lupa nak bagi tau, MDS ni 8 hari, dari hari Sabtu 1 Sept 2012 sampai hari Sabtu 8 Sept 2012 (tapi UiTM cawangan lain tak pasti lah kan...)


yang best nya masa hari Selasa (kalau tak salah) dapat bersama Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Arshad Ayob Pro-Canselor UiTM  dan hari Khamis sebab time tu dapat jumpa Naib Cancelor (NC) UiTM YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (banyak nyer title dia) dan majlis tu bersiaran secara langsung di UiTM seluruh Malaysia....
dan kebetulan pada petang hari yang sama datang Dato' Seri Khalid Nordin Menteri Pengajian Tinggi.


Malam hari Khamis pulak ada majlis menonton wayang bersana NC....tengok cerita Hati Malaya bersempena kemerdekaan Malaysia ke-55 pada tahun 2012 ni... dah lebih separuh jalan cerita tu, aq terlelap...muahaha....apa tak nyer dah macam betul dalam panggung wayang gelap jerk....walaupun hakikatnya kite orang menonton di DATC.... ramai yang tido... ada yang lampu gelap jerk terus gelap pemandangan mereka gak....aq baik sikit.....dah lama tu, baru tertido..... bila sedar balik dah terang, tapi cerita tu belum habis lagi.... ok lah kan....haha.....


part menarik lain masa MDS ni, lawan cheers dalam DATC....lawan cheers mengikut kolej masing2.... kolej lelaki ada 3 Perindu, Meranti dan Jati, Kolej perempuan ada Mawar, Melati, Anggerik Seroja dan Delima. so time cheers atau ro-call dapat lah dengar/tengok macam jenis cheers dengan gaya masing2....tapi yang penting akhirnya semua bersatu....PM siap combine lagi kite orang punyer cheers jadikan satu....sangat best....UiTM Di Hatiku....


ada juga part2 main game....game karipap lah....ada game break clap (hampir sama dengan masa MPPB dulu, ada jambatan goyang2 dan banyak lagi....asal ada masa terluang masa dekat DATC, mesti PM buat game....


Dari Aras 7 Kolej Mawar

1st time di DATC

Add caption


menonton perlawanan netball dan


football dalam masa yang sama











white purple and black day

Mawar 7

PB Melati








begitu lah serba sedikit kisah MDS UiTM Shah Alam sesi September 2012....
banyak kenangan manis bersama semua yang terlibat....walaupun kena marah, tapi itulah lumrah untuk pelajar baru.....Terima kasih untuk semua akak-akak dan abang-abang PM kerana bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk semua PB.....

Sayang Semua....
Sayang Mawar
Sayang Perindu
Sayang Melati
Sayang Jati
Sayang Seroja
Sayang Anggerik
Sayang Delima
Sayang Meranti.
Sayang PB
Sayang PM
Semua saya sayang.....

UiTM Di Hatiku




love
awin

Khamis, 13 September 2012

kem di Universiti Malaya

cerita masa awal bulan Julai yang lepas.....
alhamdulillah masa tu, aq terpilih mengikuti Kem Pemilihan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2012...
kem ni dijalan kan selama 3 hari di Kolej Ke-9 Universiti Malaya (UM)..... exited kejap bila terpilih pergi ke kem ni.....

hari pertama tu, pagi pendaftaran, dan aq antara yang terawal sampai....aq yg ke-11 mendaftar....hehe.... pendaftaran spatutnya mula pukul 9 hingga 10 pagi, tapi dalam 8.30 pagi pendaftaran dah bukak, aq sampai kat kolej tu dalam pukul 8 lebih....lepas tu tunggu kat Dewan Seri Tanjung (sama nama dengan dewan kat KMJ...hehe...) then, bila kaunter pendaftaran dah bukak, terus g beratur untuk daftar, dapat lah no 11...


pagi tu, lepas dah daftar, tunggu nak amik kunci bilik, aq dapat bilik 1.11....cantik betul no yang aq dapat, dan aq ber-roomates dengan 2 orang lagi kawan baru, Nadia (student UM) dengan lagi sorang Dina (lepasan asasi kalau tak salah)....diorang untung ler dapat 1 group dan 1 bilik.....huhu...
dah dapat bilik, pas tu kemas barang sikit then turn balik tunggu dekat dewan, lepas tu ada taklimat sikit then lunch dan break untuk Zuhur....lepas Zuhur sambung balik dengan aktiviti menjawab test, ujian personality, ujian kerjaya dengan lagi satu, apa ntah nama dia....hahaha....


habis segala ujian, then ada pembahagian kumpulan....senang sangat nak bagi kumpulan, ikut no ID yg dapat masa daftar....1 hingga 20 dalam satu kumpulan....dan seterusnya sampai ke 250++ (tak ingat bilangan sebenar yang join kem tu...huhu....) dah bahagi kumpulan, kena pilih nama kumpulan lepas tu siapkan bendera kumpulan...untuk nama kumpulan tema dia filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee....dan kumpulan aq, kumpulan 1 pilih nama Labu Labi


malam nya pulak ada sesi bergambar beramai-ramai, then ada sesi ceramah...


hari ke-2 nya pulak, pagi ada ceramah/taklimat, lepas tu petang lepas Zuhur ada game Explorace.....kena explore dalam UM....bayangkan lah UM yang besar tu, kita kena explorace, kena pergi fakulti-fakulti atau tempat-tempat yang diberitahu......dah lah kebanyakan peserta kem tak pernah ke UM....dan agak sesat lah dalam UM tu.... *tapi rasa nya kumpulan aq jerk yang sesat kot...muahaha....*

explorace tu dilepaskan mengikut kedudukan markah kumpulan sebelum explorace bermula, game start 2.30 p.m dan pukul 2.50 baru kumpulan aq dilepaskan....beza antara kumpulan pertama dengan ke-2 adalah 5 minit...dan seterusnya....sementara tunggu tu, ramai yang siapkan tugasan individu....


banyak tempat yang kena pergi, antaranya Faulti Sains, Fakulti Perubatan, Pekan Buku (yang ni kumpulan aq pergi salah tempat...haha...), Rumah Universiti dan beberapa lagi....sepatutnya ada 10 check point, tapi kumpulan aq sempat 7 check point jerk sebab dah lewat petang....ni gara-gara sesat lah....sebab tu lambat....baik2 kedudukan no. 6 turun ke no.10 (terakhir)

sebenarnya sampai dekat Rumah Universiti tu, kite orang no.9 tapi dipintas kumpulan lagi satu, sebab diorang dapat naik bas.....huhu....tapi best lah.....yang agak susah sebab bilangan ahli kumpulan ramai, so agak susah nak handle semua, dengan ada yang penat bejalan jauh lagi.... tapi tu yang best....antara paling jauh adalah nak ke Fakulti Perubatan dengan Pusat Islam....tapi best dapat explore dekat UM tu....aq rse bilangan student UM yang explore seluruh UM tak ramai kot....haha...tapi kite orang dapat explore.....hihi....





dan kite orang sampai semula ke Kolej ke-9 tu dah Maghrib dah....tp sblum tu dah Asar dekat surau yang dekat dengan Hospital UM....kumpulan lain tak sampai dekat hospital pun....kumpulan aq jerk....haha.....





malam tu pun ada ceramah lagi....topik setiap ceramah adalah berlainan, tapi best....
dan di akhir ceramah tu, setiap kumpulan kena ada pemidato untuk slot ke esokkan pagi nyer.... pemidato dia kena perempuan sebab tajuk dia "Saya Menyokong Poligami 100%" , itu semata-mata untuk pidato sahaja.....realitinya tidak....ada tujuan, aktiviti ni diadakan.....iaitu mengenai amanah... lepas habis sesi pidato, pemidato disoal mengenai perasaan mereka jika berhadapan dengan isu poligami.....dekat situ lah nak tengok amanah atau tidak wakil sesebuah kumpulan tu....

habis pidato dan sesi soal jawab, ada slot ceramah, lepas tu ada slot taklimat dari Multimedia Universiti (MMU) sbb nak promote MMU....dan akhir sekali taklimat dari pihak YTM sendiri...


bila dah habis kem, biasalah mesti ada sesi bersalam, dan bermaafan....siap ada lagu latar lagi.... dan aq yang jadi tukang play kan lagu....hihi....sebab aq dekat bahagian hadapan dewan dan tak masuk dalam barisan sebab dah tak muat, dan tak dapat nak ke tempat lain sebab laluan dihalang oleh kerusi....hihi....so stay jerk situ, dan ada fasi mintak tolong play kan lagu.....hiks....






habis sesi bersalam dan bermaafan, *macam raya plak* kite lunch....
habis lunch kite bergambar kejap, then terus larikkk....masuk bilik kemas baju nak balik....hehe...










love
awin

Teaser Minggu Desini Siswa



Salam....aq sekarang telah menjadi pelajar UiTM Shah Alam....dan aq telah menjalani Minggu Destini Siswa (MDS) di UiTM Shah Alam bermula 1 September hingga 8 September yang lepas....

Untuk fully update pasal MDS ni, aq akan update bila dah ada lappy nanti k....ninpun update thru phone jerk....menyesal plak tak bwk lappy terus masa daftar ari tu....huhuhu....benda dah lepas tak usah di kenang....haha....

So far so good....blum ada klas lagi...klu ada kelas pun lecturer blum masuk lagi...
So enjoy dulu lah sblum start blajar nnt....hihihi....



Love
Awin

posted from Bloggeroid

sambung belajar ler....


Alhamdulillah.....sambung ke degree sekarang ini....
pada masa korang baca entry ni, aq dah daftar masuk ke UiTM Shah Alam.... dan sedang menjalani Minggu Destini Siswa (MDS)... tak kisah lah walau di mana pun kita belajar, yang penting hati mau ikhlas.....betul kan niat....kerana Allah dan untuk masa hadapan diri kita sendiri....

saya mula mendaftarkan diri di UiTM pada 1 September 2012 dan In sya Allah akan tamat lagi 4 tahun akan datang.....huhu.....

target untuk degree haruslah 1st Class Degree....Insyallah.... dan harap dapat survive hidup di U nanti.....dan kebetulan saya dapat sama U dengan cousin saya....tapi dia lah nak masuk last year.... ok  lah, at least ada orang yang dikenali untuk bertanya kan....cuma bidang jerk beza.....hehe...

ok lah....
doakan saya berjaya di UiTM Shah Alam.....insyallah....

UiTM Di Hatiku....


love
awin

Ahad, 2 September 2012

cerita malam Merdeka

Salam....
hiks....
malam merdeka 2012 sejarah dalam hidup aq, celebrate malam Merdeka dekat luar.... selalu nya dekat rumah jerk ngadap TV....hehe.... tapi 2012 aq ngan akak aq Ain dengan bff aq Izzah buat kelainan dengan merayap di malam merdeka....hehe....

plan asal nya hanya lah keluar pergi amik baju kurung aq, yang baru siap.....tapi sebab dah alang2 keluar, so pergi lah jalan2 sekali....hehe...pergi amik baju nya dekat Kulai, lepas tu merayap sampai ke bandar JB....haha....

dah pergi amik baju, lepas tu ke IOI Mall Kulai kejap, beli barang sikit.... then ke McD dekat Tampoi lalu drive-thru....mak ai mse lalu drive-thru tak nak macam panjang pulak barisan masa malam tu.....huhu.....lepas tu nak tunggu turn lagi.....sabo jerk lah....haha....

dah beli makanan, then kita melepak tepi Pantai Lido sambil makan dan borak-borak....haha....
dah macam apa, makan tepi jalan....macam berkelah pun ada....apa tak nya siap bentang tikar lagi....haha....

dah alang2 dekat Pantai Lido, singgah lah jalan2 dekat Danga Bay....tak tahu plak kat situ ada sambutan ambang Merdeka.....dah alang2 tu, tunggu lah sampai 12 malam, nak tengok bunga api... dan yang best nya tempat yang kite orang diri tu sangat strategik tak de halangan pun nak tengok bunga api....haha...

bila habis bunga api, apa lagi balik lah....tapi nak keluar dari parking ada lah dalam 30 minit baru dapat keluar dari tempat parking sahaja.....grrrr.....penat tunggu, sampai sempat bergambar lagi kite orang dalam kereta.....haha....

sila lah layan gambar yang tak berapa banyak ni.....ngeeee....












ok lah....
bye....


love
awin

Sabtu, 1 September 2012

berjalan-jalan di hari raya...

ni cerita minggu lepas.....aq combine jerk lah erk....haha.... sekarang ni mood nak update tu malas sikit....haha...*sikit lah sangat malas aq tu kan.....padahal.....*

yang 1st cerita aq pergi karok ngan bff aq ngan adik beradik aq sekali.....ntah mana datang idea nak g karok ni...haha.... keluar lah kami ber-enam ke bandar JB di malam hari..... kalau JB ni yang famous tempat karok adalah ALIBABA Karoke di Tampoi.....satu bangunan dengan Giant Tampoi.
kite orang amik sejam jerk....buat suka suka....bukan nak karok sangat pun....hehe....


masa tengah nak pilih2 lagu ada pulak ternampak nama isteri PM kita sebagai penyanyi....mak ai, bila pulak dia menyanyi....dalam nama dia tu ada 2 lagu, 1 lagu melayu 1 lagi lagu inggeris.... tapi tak pilih pun lagu tu.....haha.....


dah habis sejam karok, kite orang ke Pasar Karat JB....tapi sebab masih ramai lagi yang sedang beraya, so orang yang berniaga dekat Pasar Karat malam tu pun tak ramai macam selalu....dah jalan2 dekat pasar tu, kite orang ke satu kawasan dekat dengan Pasar Karat tu bergambar..... tapi tak dapat nak share gambar tu, sebab banyak muka bff aq jerk....dan ada orang yang admire bff aq tu curi gambar tu nanti....
pernah ada satu entry aq letak gambar bff aq, pastu bff aq msg suruh delete gambar dia sebab ada orang curi gambar tu, dan dikhuatiri gambar itu di gunakan pada jalan yang salah....huhu....


habis dekat pasar karat tu, kite orang ke Sentosa JB pulak....makan Bubur No.1....dan malam tu pukul 1 baru sampai rumah....hehe....tapi sebab keluar beramai so parent aq tak bising lah....hiks....




next story pulak pasal pergi beraya rumah mak cik aq dekat Pekan Nanas dengan Pontian...
memula beraya dekat Pekan Nanas dulu....kite orang beraya sempoi jerk pakai jeans.....tak de nyer nak berbaju kurung bagai...haha....dengan mak aq sekali pakai jeans dengan blouse jerk.....hehe...

dah beraya di Pekan Nanas, kite orang ke Pontian pulak....masa otw nak ke Pontian tu, ternampak ada pak cik pelik pakai baju bendera Johor ngan Jalur Gemilang......semangat merdeka betul pak cik tu....haha....

pak cik pelik perasan ada orang amik gambar dia...haha

di rumah salah seorang mak cik aq... amik ko 16 jenis biskut raya yang buat
sendiri....tu belum masuk kerepek lagi....huhu

my mum with my aunty

budak ngada-ngada yang dah hilang kepala..haha...
ngantuk lah sngat, padahal tak buat apa2 pun...

dah habis beraya, kite pun balik ler....hehe....yang best sebab dapat duit raya....ngeee......

ok lah....
nanti jumpa lagi dalam entry yang lain k....
bye....



love
awin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...