Sabtu, 22 Oktober 2011

PRD pulak....

 cerita hari Rabu lepas dimana saya dan rakan-rakan PRD yang lain berkumpul dan bergambar... *ceh...tetiba plak pakai ayat saya...muahaha...

amik gambar ikut jadual nye pukul 4, tapi kite orang PRD ada perjumpaan pukul 1.45 tengah hari, itu pun mula pukul 2.30 kot, sebab menunggu yang lambat sampai, menunggu yang tukar baju dan menunggu mereka yang salah tempat....huhu...

masa perjumpaan tu biasalah, bincang pasal aktiviti yang akan diadakan dan rancangan aktiviti lain, lepas tu ada pengumuman .....n saya dapat berita yang gembira....apa, itu rahsia sehingga ia menjadi kenyataan...

di sebabkan perjumpaan tu sekejap kerana penasihat kite orang tak sihat so tak dapat datang...huhu...so lepas perbincangan tu semua merayap sementara tunggu time nak amik gambar.....

macam biasalah janji melayu, kata pukul 4, dekat pukul 5 baru amik gambar....
tambah lagi dengan menunggu nak susun orang, ye lah PRD ni ada lebih 80 orang, so nak pastikan muka semua orang masuk, kenalah susun betul2 kan.....
then, susun punya lama sekali amik gambar 3 jerk...haha....

jom layan gambar yang tak rasmi ni...


 cuba cari di mana saya???



sila jangan kutuk ok....itu baju pinjam dan tudung saya tak betul sebab angin....


lepas habis amik gambar, kebetulan terjumpa ex-classmate saya Dayah, then berbual n bergosip ngan dia sampai pukul 5.30 petang....hehe...gosip pasal apa tu adalah topik yang palik hangat ok....iaitu pasal tut....huhu...


cerita PRD : 1, 2, & 3


love
awin

Khamis, 20 Oktober 2011

dunia ni kecil sahaja

dunia ni kecil je sebenarnya (walaupun pada pandangan mata kasar adalah besar), pusing-pusing pun akan jumpa orang yang sama....dan hidup di dunia ni ibarat roda....kita tidak akan sentiasa berada di atas mahupun dibawah....
ni sebenarnya saja nak share artikel yang di copy paste dari FB

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti¡¬

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama¡¬.
...
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen¡¬

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama¡¬

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh¡¬

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu¡¬

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk(Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya.
 ..........
 
*kalau macam gini bila bos tu nak pergi outstation da.....
nanti aq update pasal sesi fotografi PRD plak.....heheh... i likeeeeee....


Rabu, 19 Oktober 2011

Bola Hitam & Bola Putih

[100% copied]
rehatkan otak kejap. bacalah dengan penuh penghayatan:) khas buat rakan2:) byak moral yg kte leh dpat dpd cte nie.


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu ... selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. “Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal…apa tuan tak segan?”

Lantas…… si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, “Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..” Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. “Kenapa bola itam dan putih?” “Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je.” Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. “anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je…”. Si anak menjawab,”Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?” Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru…. Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu……

Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: “Biar kamu tak malu”. Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: “Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya.” “Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu…hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. “trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih” Masa berlalu….

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,…2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya!


Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal… Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.


Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri! Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya.
So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?.

Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii…, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam bola putih buat anaknya.


Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbu kit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut.

Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital..”macammana doktor, anak saya?” Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :”Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya… sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik..”


Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. “Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu..” si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia…akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya…

Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang “mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih” “Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk… sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik.” Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,”tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2…. saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?”


Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., “KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU… ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?”

(anda semua pun ingin tahu kan …?) 

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba…. “sebabnya ….saya.. saya… saya….”

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau…apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!…….. ..Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.

Copy Paste dari FB



Selasa, 18 Oktober 2011

kisah pelajar hilang....

More Latest Update...(20 Oct 2011)
aq pun tak sure budak ni dah balik ke belum....
sekejap kata dah....sekejap kata belum....aishhh....


LATEST UPDATE....
pelajar berkenaan telah pulang, dan diharapkan insaf dengan kejadian yang berlaku serta tidak mengulanginya semua.
Terima kasih kepada blogger/reader lain yang perihatin.


petikan dari akhbar Harian Metro 18 October 2011


Nur Farahin Osman, 18 tahun, Pelajar KMJ, tinggal di Bandar Putra Kulaijaya.
hilang sejak 7 October 2011
kalau sesiapa ada maklumat hubungilah ibunya Pn. Farah Rashid, 49 di talian 016-7624517 atau hubungi mana-mana balai Polis berhampiran.


*menurut sumber yang tidak sahih, Farahin ni kurang rapat dengan ahli keluarganya dan berkemungkinan mengalami stress akibat tekanan daripada pihak keluarga yang inginkan dia cemerlang dalam akdemik.


daripada keratan akhbar tu, aq rasa ibu bapa dia pun tidak seharusnya menyalahkan pihak kolej, kerana di kolej ni ada  dalam 3000 orang pelajar, so tak kan lah pihak kolej nak perhatikan setiap orang pelajar setiap masa.
dan akibat daripada kehilangan pelajar ini, telah menyusahkan banyak pihak di kolej ni, termasuklah para pelajar kerana selepas kehilangan pelajar ni, ramai pelajar yang tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah walaupun ada alasan yang munasabah.


dah lah 1 kolej, tak sangka pulak satu daerah....nasib baik tak satu taman....errrr.... kite orang pun baru tahu pasal kehilangan pelajar ni pada hujung minggu yang lalu.


Kepada pelajar berkenaan, tak kira lah apa yang anda hadapi tolonglah pulang ke pangkuan keluarga anda dan teruskan pelajaran anda di KMJ ni, lagi pun PSPM 1 dah nak dekat, kalau anda tak kesian kan orang lain, kesiankan lah diri anda sendiri.


kepada yang lain harap2 boleh tolong sama2 sebarkan berita ni sehingga pelajar ini ditemui....



p/s : Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...