Sabtu, 14 Julai 2012

photography is not photographer



tergelak sekejap bila baca status salah seorang friend aq dekat FB.....ayat budak tu, macam budak baru nak up jerk bak kata cikgu BM aq....haha....


apa yang aq nak highlight adalah kesalahan penggunaan perkataan bahasa inggeris yang sering di melayukan orang kita....nampak macam remeh tapi, kesalahan tetap kesalahan....kalau di biarkan akan jadi masalah macam Oh My English! nampak macam betul, tapi sebenarnya salah.


photography > Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. (sumber)
photographer > Jurugambar atau jurufoto adalah seseorang yang mengambil gambar foto menggunakan kamera. (sumber)




harap lepas ni, ramai yang akan lebih ambil tahu perbezaan perkataan yang hampir sama, tapi membawa makna berbeza. bukan perkataan bahasa inggeris sahaja, ada juga perkataan bahasa melayu yang bunyi nya hampir sama tetapi membawa makna berbeza.


dan lagi satu, tak perlu nak mengolah ejaan yang sedia ada, sebagai conton sayang jadi cayunk dan ada lagi pelik aq pernah jumpa, tapi tak ingat plak....kalau singkat kan ejaan ok lagi, tapi kalau yang olah lebih-lebih ni, macam suka menyampah nak baca.


jaga lah bahasa kita, kerana bahasa melambangkan bangsa


aq pun ada gak kadang2 olah ejaan perkataan, tapi jangan buat selalu, kesian orang lain nak baca susah.... lagi-lagi kalau yang Gen-X nak baca....kita sama Gen-Y mungkin faham, tapi orang lain pun nak baca juga apa yang kita tulis kan.....kalau blog mesra pembaca kan orang suka.....hehe....




ok, rasanya dah menyempang dari topik sebenar, jadi sampai sini jerk lah dulu untuk entry ni yer.


ini hanyalah pandangan aku....kalau tak berkenan di hati, harap maaf lah ye....




love
awin




p/s : saya dah dapat keputusan UPU dah....tapi tu nanti cerita bila dah pasti tempatnya yer....



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...