Khamis, 25 Julai 2013

Tips Kesihatan : Selsema

Salam, hye....sekarang ni aq tengah selsema plus batuk...huhu....dah lah tak sihat lepas tu tak nak makan ubat, terpaksalah menghadapinya untuk tempoh yang agak panjang....haha...

tips ni aq jumpa dekat salah satu buku diari aq, so saja lah nak share....hehe


  • Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

  • Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sehari sekali.

  • Selsema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

  • Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.

  • Bayi selsema - Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor

  • Bengkak kaki waktu hamil - Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya. Rebus di dalam kuali. masukkan satu gelas air kedalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.

p/s : aq copy paste jerk dari buku yang last tu bukan untuk selsema.....haha....kita iktiar Allah yang sembuhkan....



love
awin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...