kali ni cerita 8 Februari yang lepas...hihi...masa dekat rumah tak rajin bukak blog walaupun banyak jerk masa terluang...ni dah balik Shah Alam, baru lah ngengada nak update....tak pe lah sebelum busy dengan banyak kerja nanti bila kelas dah mula....hihih...
program nya hari Sabtu 8hb...tapi petang Jumaat tu, aq dah sampai Melaka dah, sebab takut tak sempat sampai awal pagi, sebab program mula pagi. owh...lupa nak mention event ni under Fasilitator Alumni Club (FAC) KMJ. aq pergi naik bas, sebab yang nak drive dari JB semua nak bertolak malam or Sabtu pagi dan semua mereka lelaki....so better naik bas jerk lah...naik bas pukul 3 petang, dalam pukul 5 gitu dah sampai Melaka.
sampai jerk Melaka, Kak Fara yang amik dekat Melaka Sentral...kebeulan tak lama lepas aq sampai MS, Hadi pun sampai gak, so lepas tu sama2 gerak kedai makan family Kak Fara Muo Station (specific nama kawasan tu aq tak tahu, tapi dia dekat dengan bandar Melaka gak ur)...sampai situ, yang dah ada Abg Long, Abg Lamka, Abg Pika n Radin.
lepak kejap kedai Kak Fara lepas tu terus gerak dewan tempat berlangsungnya AGM dan Dinner FAC iaitu Dewan MAMPRO (dekat dengan IPK Melaka). sampai situ, mulalah sesi punggah barang dan kemas dewan untuk 2 majlis esok harinya. kemas dewan tu sampai lewat malam gak lah. dah malam baru ramai sikit lagi yang sampai Melaka. antaranya Kak Nina, Kak Dyla, Kak Ida, Abg Ebby, Abg Aizat, Kaz, Mamu, Shahir, Kak Maz n Abg Baz....ada lagi few tak tak ingat nama...hehe... dah siap kemas sikit, lepas tu gerak pergi makan pulak...lewat gak lah baru pergi makan...haha...
sepanjang stay Melaka tu, yang perempuan (ala sekerat jerk FAC perempuan yang bermalam ni) tumpang tido rumah sewa kak Fatin, dia duduk Muar (kalau tak salah) tapi study UTEM...yang 1st night dekat Melaka tu ber-4 jerk yang tido rumah Kak Fatin...aq, Kak Nina, Kak Dyla, Kak Ida.
sepanjang stay Melaka tu, yang perempuan (ala sekerat jerk FAC perempuan yang bermalam ni) tumpang tido rumah sewa kak Fatin, dia duduk Muar (kalau tak salah) tapi study UTEM...yang 1st night dekat Melaka tu ber-4 jerk yang tido rumah Kak Fatin...aq, Kak Nina, Kak Dyla, Kak Ida.
belek2 album FAC |
sesi menghias dewan... |
makan time... |
pagi tu, pukul 10.30 pagi baru AGM mula....sambil2 AGM start makin ramai yang sampai dah pagi tu....
pukul 12.30 tengah hari baru AGM selesai...dah habis AGM baru yang lain dapat 'breakfast'...haha....
peTang tu pukul 2 'TAJAM' sepatutnya dah kena ada dekat MIBC....tapi adalah beberapa orang yang sampai lambat sikit (termasuk aq....almaklum, tumpang orang kena lah ikut timing orang kan...)...tapi ok lah dalam pukul 2.30 semua dah sampai dah.... bowling ni bersambung dari game sebelum ni (link)...sebelum ni aq join zon tengah dapat no.3...peringkat zon main sendiri...tapi yang final ni, markah ikut kumpulan...aq masuk group Zon Tengah 2...dalam setiap group ada 4 orang...untuk peringkat zon ada 4 kumpulan, selebihnya group terbuka.
kali ni main 2 set game....lepas 1 set break sekejap, lepas tu baru sambung 2nd game....sepanjang game, tak habis2 provokasi berlaku, lagi2 dari group zon Selatan...haha....tapi serious memang kelakar. siap ada yang main bedak lagi...haha...nak terangkan ke-'havoc'-an mereka susah...tapi kalau ada dekat situ memang tak berhenti ketawa tengok gelagat n perangai diorang ni....haha...lagi2 yang satu group tu....haha..
lepas habis game, ada sesi bergambar ikut kumpulan...penyampaian hadiah dibuat masa malam dinner..
sesi panaskan badan...sape lah yang angkat bola tinggi sangat tu..haha.. |
markah group aq...haha.. |
dari kiri depan : aq, Kak Maz, Kak Hana belakang: Daniel, Kak Nina, Abg Daus |
yang lain, lepas habis bowling diorang terus balik dewan MAMPRO sebab sambung lagi kemas n hias dewan...dah dekat maghrib gitu, baru semua balik teampat penginapan untuk bersiap untuk dinner....
malam tu dalam pukul 8.15 dah sampai kat sana, sebab nak kena prepare sebab disuruh menjadi MC majlis...bahaha...berdebar tak yah cerita lah....aq kena jadi mc pun dipilih masa hari jumaat, tak lama lepas sampai Melaka dalam kereta kak Fara....haha....1st n last jadi mc majlis tu pun masa sekolah rendah dulu.... so sebelum majlis mula tu, sempat lah Kak Pina ajar sikit....haha... partner mc untuk dinner tu Mamu...owh lupa, tema Dinner FAC kali ni Hawaii...
bila VIP sampai jerk majlis pun bermula....ala VIP nya YDP FAC gak Abg Long, selain tu Timbalan YDP Abg Lamka, dan 3 orang lagi ahli FAC yang dah kahwin bersama pasangan diorang. yang kelakar masa aq jadi mc tu, memula dah plan2 bagi2 bahagian yang kena cakap, tapi sampai time majlis, berterabur....haha...almaklum.....last minute punya kerja...nasib baik text mc dah disediakan...haha...
majlis dah mula, dimulakan nyanyian lagu Negaraku dengan lagu KMJ, selepas tu bacaan doa majlis oleh Along (Abg Fahmi), then perasmian oleh YDP.....lepas tu makan time...haha...
dah lepas makan tu, ada sesi penyampaian hadiah pertandingan bowling yang berlangsung pada siang harinya, dan hadiah untuk Man & Woman of The Night....habis sesi penyampaian hadiah, sesi bergambar beramai-ramai then tamat....
masa ni, dah lepas makan dah...hihi... |
meja VIP |
dari kiri : aq, Kak Keeda, Kak Nina, Daniel, Kak Fara, Kak Maz |
tudung senget sebab dah habis dinner aq, kak keeda, kak fara, kak nina |
menyermpat sambil2 tengah jalan...haha,,, |
Mangsa #Bulatan18 : Abg Long, Abg Keri, Abg Allan, Kak Keeda, Radin, Shahir, Kak Nina, Awin (aq lah tu), Hadi, Abg Shah Rizan, Kak Maz, Abg Baz, Abg Aizat, Naim, Kaz, Mamu dan Muaz
dan Pengacara Terlampau #Bulatan18 : Megat Danial.
aq menjadi mangsa terakhir #Bulatan18....haha....dan aq berjaya buat pengacara tu terkedu kejap....haha... tapi tu main2 jerk....walaupun sebenarnya masa ditanya tu, diorang suruh jawab jujur.....kang kalau jujur sangat, takut meleret lagi si pengacara terlampau tu....apa taknya, masa tu dah sampai pukul 3.30 pagi....dah lah sejuk gila gaban....haha....
tapi seronok dalam #Bulatan18 ni sebab ada cerita suka, sedih, kelakar.....haha...perkara yang sangat tidak disangka pun ada....dan hasil dari #Bulatan18 tu, wujud hashtag #k, #16kali, #tumbukdinding dan macam2 yang pelik...cuma yang dalam #Bulatan18 jerk paham....haha...sebab konsep dia cerita situ, habis situ....
so dekat pukul 4 pagi gak lah baru balik rumah sewa Kak Fatin....
menuju ke Dataran Pahlawan Melaka |
sebahagian mangsa #bulatan18 dari kiri: shahir, Daniel, Kak Nina, aq, Hadi |
esoknya hari ahad, semua pun pulang ke destinasi masing-masing....
konon-konon nak balik pagi....dekat tengah hari gak baru balik....haha....almaklum....semua pengsan sebab balik pukul 4 pagi....hihi...
ok lah....
semoga aq dapat join aktiviti FAC yang lain lepas ni....Insya-Allah...
love
awin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan