Khamis, 17 April 2014

dah habis SPM ker???

entry ni khas untuk mereka yang dah habis SPM....tapi kalau yang belum habis SPM nak baca pun apa salahnya....hihi.....kalau yang dah lalui zaman lepas SPM tu, dah lagi expert kot dari aq ni....hehe...

Matrikulasi/Asasi atau Diploma??

entry ini lebih kepada pengajian di dalam negara...
persoalan yang sering dipersoalkan mengenai kabagusan program berkenaan.... semuanya berbalik kepada diri sendiri.....sedikit penerangan mengenai Matrikulasi/Asasi dan Diploma :

Matrikulasi/Asasi
- program Matrikulasi adalah di bawak Kementerian Pelajaran Malaysia, manakala program Asasi adalah program di bawah universiti yang menawarkan program ini seperti UiTM dan UM.
- program ini mengambil masa 1 tahun hingga 2 tahun, bergantung kepada program yang ditawarkan.
- disebabkan tempoh pengajian yang singkat, cara pembelajaran nya juga adalah cepat
- di Matrikulasi sistem pengajian adalah 70% daripada final exam dan 30% daripada carry mark (kehadiran, assignment dan lain2) *ini tertakluk kepada perubahan di kementerian (bagi program asasi tidak diketahui)
- cara hidup seperti tinggal di asrama, kerana anda perlu tinggal di dalam kolej dan tidak boleh keluar sesuka hati. tetapi tiada pakaian seragam seperti sekolah
- selepas tamat pengajian, sijil tidak laku untuk mohon kerja, taraf pendidikan dikira SPM, oleh itu sangat digalakkan terus sambung di peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree)

Diploma
- program di universiti.
- tempoh pengajian 2 tahun setengah ke 3 tahun, bergantung kepada program dan universiti.
- sistem pengajian 60% final exam, 40% carry mark (bergantung kepada universiti)
- cara hidup bebas, tidak tetap perlu tinggal di kolej
- sijil laku untuk memohon kerja dengan taraf pendidikan diploma
- selepas tamat pengajian boleh memilih sama ada ingin teruskan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau terus bekerja.


itu adalah sedikit perbezaan, yang mungkin boleh membantu adik2 lepasan SPM membuat pilihan untuk sambung belajar. saya hanya ada pengalaman di Matrikulasi, so kalau diploma tu kurang tahu sikit...tapi kalau ada apa2 soalan boleh tanya di ruangan komen atau PM di FB...Insya-Allah akan dibalas secepat mungkin berdasarkan apa yang saya tahu.

PEACE



love
awin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...