Sabtu, 15 Oktober 2011

Oucchhh......Aaron Aziz you....



aq mula suka tengok Aaron Aziz ni sejak cerita Nora Elena, salah satu sebabnya aq suka watak yang Aaron Aziz bawak iaitu watak Seth Tan....sangat romantik ok....lagi satu sebab aq pernah baca novel nyer Kasih Yang Suci (penulis : Meen Zulaikha) ...hiks...

tapi sebenarnya apa yang aq nak cerita adalah pasal kisah Aaron Aziz yang telah memohon Taraf Penduduk Tetap (PR) daripada Kerajaan Malaysia...


13 Okt – Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, aktor yang dicanang hero pujaan semalaya, Aaron Aziz nekad meninggalkan negara kelahirannya, Singapura selepas merasakan dia kini memiliki karier dan kehidupan sempurna di Malaysia.

"Saya sudah memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia pada awal Ogos lalu. Saya dah bosan sebab isu warganegara sering dipersoalkan terhadap saya. Saya buat semua ini pun kerana tidak mahu menoleh ke belakang lagi."

"Mengapa saya harus berpatah balik kepada kehidupan yang lama sedangkan saya sudah mempunyai kehidupan yang sempurna di Malaysia. Anak-anak saya pun sudah bersekolah di sini. Untuk mendapat masa depan yang lebih cerah, adalah lebih baik saya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia," jelas Aaron yang turut mengakui telah menjual kereta dan rumahnya di Singapura.

untuk berita penuh klik sini
Yahoo News Malaysia

apa yang aq nak highlight kat sini adalah :
kita perlu bersyukur sebab kita dilahirkan sebagai rakyat malaysia, cuba kita tengok berapa ramai warga asing yang nak datang Malaysia dan menjadi penduduk Malaysia? Malaysia kaya dengan pelbagai hasil dan peluang pekerjaan, cuma rakyat kita yang demand tak nak kerja yang "low class"kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana negara kita masih aman walaupun ada kejadian2 yang tidak di ingini...
kita juga perlu bersyukur sebab negara kita jarang di landa bencana alam seperti mana negara jiran kita seperti Indonesia yang baru-baru ini berlaku Gempa Bumi pada magnitud 6.1 di pulau Bali...



apa2 pun Aaron Aziz tetap di hati....*gediksss....
suka tengok orang handsome....lagi kalau mereka senyum...hehe...
normal lah kan, naluri manusia sentiasa suka yang terbaik....handsome, cantik, pandai, dll...


cuci mata lagi ngan gambar Aaron Aziz...haha..


*gambar dari Mr. Google


p/s : dalam kita bergembira jangan lupa mereka yang berduka....*apa kaitan nyer ni???

1 ulasan:

nur berkata...

Memang hensem..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...