Rabu, 18 Januari 2012

cerita tanpa tajuk

ni lah bila kesengalan dah datang akibat terlalu lama duduk hostel....
bila dah masuk minggu balik, terus tak ada mood nak belajar.....apa yang aq study sikit jerk yang masuk otak....yang lain hilang melayang....abis hati dah dekat rumah, macam mana nak belajar.... nak tak nak tahan jerk lah....mulai tahun ni, dalam sebulan pelajar hanya di benarkan balik bermalam sekali jerk... so, sabar jerk lah....walaupun tak suka....lagi pun tinggal kurang 4 bulan jerk aq dekat sini....

malam ni pun aq just buat assignment english jerk, lepas balik dari kelas malam (tutor) chemistry tadi....
ok lah tu, daripada aq layan movie dan tak belajar langsung kan....
tengah hari tadi ada pre-test physics pun aq tak boleh nak buat, padahal sebelum pre-test tu aq adalah gak study, compare dengan minggu lepas, sebelum pre-test physics aq tak study apa-apa pun.... hish.... ntah lah... apa nak jadi pun tak tau...maybe lepas balik nanti keadaan aq akan lebih baik....insyallah...


maggi yang aq makan weekend lepas...pelik...dalam cup tu ada 2 bungus perencah...tapi aq guna 1 jerk...
*ker memang ada 2??? almaklum lah...1st time makan maggi dekat matrik...huhu...


experiment chemistry minggu lepas....kena jemur solution tu bawah matahari.....
sambil2 tu, duduk lepak dekat luar sekejap....ahaks...


slip keputusan MUET yang baru dapat Isnin lepas...
keputusan MUET dah tahu Khamis lepas....aq punya result??? secreto de amor





Band description...
ada sorang classmate aq, lagi 2 markah jerk nak dapat Band 5...
dekat KMJ ni, ada seorang yang dapat Band 6...giler teror...


love
awin


*p/s : starting entry tak ada kaitan dengan gambar....muahaha... ni lah bila kesengalan dah datang...

Selasa, 17 Januari 2012

movie marathon

hiks....
bila time weekends memang kureng lah kan perasaan aq nak belajar....abis dah hari isnin sampai jumaat belajar.....so bile weekends tukar lah aktiviti lain pulak....haha... tapi dalam tukar aktiviti lain tu, belajar ada gak bile rasa nak belajar....muahaha....

ni lah aktiviti yang kebanyakan budak matrik suka buat bile weekends....
iaitu, movie marathon.....termasuk lah aq sekali.... ni pengaruh kawan aq lah ni.....suggest movie2 yang best....paling susah nak stop kalau bagi aq drama bersiri.... hurm...memanglah kan aq nak habis kan drama tu secepat mungkin....haha....

aktiviti ni, aq dah start penghujung semester lepas, masa tu, rasa bosan sangat....nak belajar tak ada mood... so aq pergi bilik kawan aq mintak movie.....hah hamik ko, macam2 movie....nasib baik pendrive aq kapasiti dia kecik, so tak boleh nak amik movie banyak2....haha...

yang aq nak share dekat sini....few movie/drama yang aq dah tengok...dan aq sukeeeee.....
with short sinopsis....dan puratanya adalah movie tak berapa nak baru....huhuu....apa nak buat...hiks...

yang nme aq bagi dalam short synopsis adalah nama watak dia....nama sebenar pelakon dia aq tak tau....aq malas nak google....banyak kot kalau nak search....

100 Days With Mr. Arrogant - Korea
pasal seorang remaja perempuan (KANG Ha-young) yang terikat dengan kontrak untuk membayar hutang kerana telah menyebabkan kerosakan pada kereta AHN Hyung-joon.


Baby And Me - Korea
yang ni aq tak ingat nama watak dalam cerita ni, sebab video dia ada dalam netbook....
cerita dia pasa sorang budak sekolah lelaki yang tiba-tiba menemui seorang bayi di dalam trolinya ketika membeli belah di pasaraya dan terpaksa mendapatkan susu badan untuk bayi tu, kerana bayi tu, allergic dengan susu formula. dalam pada tu. ada seorang remaja perempuan yang tolong lelaki tu menguruskan bayi tersebut....

You're Beautiful - Korea
sinopsis boleh baca di sini
kerana blogger ni lah aq nak tengok cerita ni, bila aq dapat tau, roomate aq ada  drama ni....hiks...
thanks Kak Moon


1 Liter Of Tears - Korea
cerita sedih yang teramat. dimana gadis berusia 15 tahun (Ikeuchi Aya) yang menghidap penyakit spinocerebellar degeneration disease dimana penyakit tu tak ada penawarnya. Aya merupakan pelajar yang cemerlang kemudian tidak dapat melakukan apa-apa disebabkan penyakitnya. disamping konflik percintaan dan sifat kekeluargaan ditunjukkan dalam cerita ni. adaptasi dari kisah sebenar.
berjurai-jurai air mata tengok drama ni....sedih sangat hokey....

 First Love (A Little Thing Called Love) - Thai
mengisahkan Khun Nam yang melakukan pelbagai perkara demi untuk memikat Khun Shone. berlatar kan suasana sekolah menengah dan cinta mengenai remaja.


3 Idiots
yang ni, aq rasa semua orang tau kan jalan cerita dia....so malas nak describe....haha...


ni sebahagian jerk....Korea, Thai n Hindi...
ada lagi Malay n English....tapi mostly cite lama...huhuh....



love
awin

Sabtu, 14 Januari 2012

10,000 already...yeah....





alhamdulillah.....dah masuk 10000 pageviews...
ni aq print screen masa hari khamis lepas kalau tak silap......huhu...
semoga lepas ni lebih banyak pageview dalam masa yang lebih cepat...ahaks....

Jumaat, 13 Januari 2012

Jom Masuk U

untuk perkongsian bersama....

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) telah pun dibuka bagi lepasan Matrikulasi / STPM / Diploma.


Matrikulasi/Asasi 
Fasa I 
Buka : 9 Januari 2012 Tutup: 26 Mac 2012
Fasa II 
Buka : 26 Mei 2012 Tutup: 30 Mei 2012
STPM 2011 
Buka : 9 Januari 2012 Tutup: 26 Mac 2012
Diploma/Setaraf 
Buka : 9 Januari 2012 Tutup: 26 Mac 2012


permohonan boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
untuk permohonan ke USM pemohon perlu membeli no. Pin USM di Bank Simpanan Nasional dengan harga RM40.00. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan, program pengajian, dan lain-lain, boleh ke laman web yang sama, https://pohon.usm.my/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...