Ahad, 23 Disember 2012

Malam Citra Kasih



seperti yang dijanjikan....hehe...tapi terlewat sikit, sebab aq sampai Johor lambat dari Shah Alam...pasal bas lah ni...haish....tak pe lah....yang tu nanti baru aq story....huhu...

Malam Citra Kasih (MCK)....pada mulanya macam klasik sangat jerk nama tu...tapi ok lah...haha...ni majlis makan malam untuk meraikan pelatih Kesatria Negara UiTM Shah Alam bagi Kompeni A (semua engineering)....tapi tak semua dapat hadir dalam dinner ni, sebab tempat yang kecik....so terpaksa limitkan bilangan mereka yang boleh hadir...,huhu....

group EE2211A yang datang dinner
dari kiri : Akif, Izyan, Rieana, Wani, Nadia, Syera, Aimi, Khielda, Atikah dan Rasyid (belakang)

majlis mula around pukul 8.30 malam....tapi pukul 8.30 malam lah aq baru nak sampai....haha... apa tak nya dari pagi lagi aq dah ada dekat engine square tu....tapi tak buat apa sangat lah....aq biro makanan untuk dinner tu.....so juz tunggu makanan sampai jerk...haha...
tengah hari dapat kebenaran untuk balik bilik....tapi aq g merayap ke tempat lain....hehe...lepas tu terus balik ke engine square dan tak balik bilik langsung siang tu....huhu....dah petang, mula reahsal, so dah start bz....tu untuk biro lain lah....aq still tak buat apa...haha...dah dekat pukul 4.30 gitu baru start nak susun kerusi meja....sepatutnya biro logistik punya kerja....tapi aq buat jerk....bukan setakat biro logistik punya kerja, banyak lagi biro aq tolong.....ye ur, dari duk melanguk tak buat apa, baik aq buat kerja tolong orang yang memerlukan...ngee...


MC of the night, Judith dan Zarul WOW!

malam dinner tu, baru lah aq buzy sakan....tolong serve kan makanan, pastikan makanan ada untuk biro yang belum makan....dan segalanya pasal makanan lah....haha... tapi seronok sebab dapat pengalaman baru....pengalaman pahit tu, biarlah ia di masa lalu.....malas nak fikir pasal yang tak best tu...buat sakit hati jerk....

budak kawad menari yoo....

masa dinner tu, macam persembahan ada....nyanyian, tarian, sajak....dan special sebab VIP pun nyanyi sekali time dinner tu...sampai 2 lagu tau dia nyanyi....huhu...dengan cabutan bertuah lagi... jujur aq agak mengharap nak dapat cabutan bertuah, tapi tak ada rezeki untuk cabutan bertuah...huhu...



Male Role Model 

Female Role Model ...tak yah pelik sangat,..aq pun pelik...
 dah habis semua persembahan dan penyampaian hadiah, apa lagi sesi bergambar lah....dan sempat mendengar amanat terakhir dari En Hazimin, Penasihat MCK

dah habis Kesatria dah....

behind the scene untuk Gimik MCK
2 Gegerl (aq dengan Aminah) bertindak sebagai photographer untuk gimik...

ingat nak hadiah kecik (cabutan bertuah) tapi dapat hadiah besar pulak...hehe...Alhamdulillah...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar....walaupun ada sikit2 problem....biasalah kan....cuma ada pihak kata banyak sangat tak kena....lantak lah....kalau tak kena pada mata diorang biarlah...huhu... lepas ni dah tak jumpa dah....*kalau jumpa pun, tak perlu formal dengan mereka dah...*




Jumaat, 21 Disember 2012

teaser Malam Citra Kasih

insya Allah kalau sempat malam ni aq update...kalau tak esok aq akan update full story...hehe... tak sabar nak balik rumah petang ni...i miss my family and my home soo...much.... *i'm trying new apps... love awin

Rabu, 12 Disember 2012

121212....diari ku....

Salam...hehe...saja nak buat entry hari ni, sebab tarikh hari ni cunnnn....hiks....

aktiviti aq hari ni tak banyak, tapi penat lah gak...huhu....
hari ni, ada satu kelas jerk, kelas BEL, kelas lagi satu cancel sebab lecturer ada hal lain....hehe....suke....

kelas BEL dari 8.30 pagi sampai 10.30 pagi jerk.....lepas tu free.....ngeee.... habis jerk kelas BEL,  terus pergi hantar lab report dulu....then ke kafe dekat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebab nak buat tempahan makanan untuk dinner hari Sabtu ni....tu cerita detail nanti lah ye....hehe...

habis buat tempahan, apa lagi, ke DC beli makanan untuk lunch....hehe....dah beli makanan terus balik bilik makan...aq sorang jerk....so tak kuasa lah nak makan sorang2 kat DC tu kan....kalau dalam bilik orang tak pandang.....huhu....


dah lepas makan, buat kerja editing video sikit untuk dinner nanti....ntah macam mana aq boleh sesat terlibat dengan benda ni pun, aq tak tahu....tapi best dapat pengalaman baru....aq jadi camerawoman dan merangkap buat editing skali....padahal sepatutnya orang lain....ntah macam mana boleh teroffer diri nak tolong ntah....haha...



dah habis edit, apa lagi, tengah hari sedap jerk lah aq mentido.....sementara tunggu pelakon habis kelas, sebab nak sambung shot video... sepatutnya dalam pukul 4.30 petang sambung, tapi sebab pelakon ada test dan habis lewat, so pukul 6 petang baru shot....

salah satu lokasi
habis shot dekat padang kawad, then sepatutnya ke Masjid Tuanku Mizan (MTM), sebab nak shot kat sana plak....tapi sebab aq ngan partner aq jalan kaki jerk, so just past hp aq kat pelakon, suruh diorang setelkan sendiri scene dekat MTM, then pulangkan hp aq bila dah selesai....

sementara tunggu diorang buat scene dekat MTM, aq ngan partner aq pergi DC cuci mata konon nak shopping lah.....tapi tak beli apa2 pun...haha...maybe esok kot aq baru nak shopping....haha...

dah maghrib baru balik bilik....ngee...dan dah kat bilik, lek chil chil dulu pas tu baru reti nak pergi mandi....hehe....habis mandi ada pulak student jual2 nasi lemak, pusing satu kolej ni.....so beli lah....dah lapa kan....penat berjalan jerk, bukan buat apa sangat pun....huhu....

habis makan, mula lagi proses editing video....dan baru study....sebab esok ada quiz MAT....huhu....


ok lah....
itulah cerita hari ini....



love
awin

Khamis, 6 Disember 2012

Tips kawal diri dari berasa senang lapar

aha....ni lah permasalahan yang sering aq alami....iaitu senang berasa lapar....baru makan berat, dalam 3 jam jerk dah lapar balik....nampak jerk badan macam kecik....tapi....kuat makan...hehe....
ni aq nak share artikel yang aq jumpa... sumber daripada Yahoo....




Kita adalah apa yang kita makan. Ketidakupayaan untuk menahan selera makan, apatah lagi jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan sudah tentu menggusarkan anda. Walau bagaimanapun, kebaikkannya di sini, menahan rasa lapar akan memberi manfaat kesihatan begitu banyak, seperti tahap kolesterol yang rendah, peredaran darah diperkemaskan lagi dan banyak lagi.

Sehubungan itu, di sini terdapat beberapa cadangan untuk memastikan anda berjaya mengawal selera anda: 

1) Makanan dalam hidangan yang kecil / kerap
• Makan dalam jumlah hidangan yang kecil sepanjang hari akan membantu anda mengawal keinginan, mengekalkan tahap gula dalam darah, menjadikan anda bertenaga dan menggalakkan pembaikan tisu otot yang rosak. 
• Jumlah hidangan yang kecil, 4-5 hidangan mini adalah lebih baik berbanding makan 3 kali hidangan yang penuh. Anda harus menstruktur semula hidangan untuk memenuhi keperluan kalori. 
• Pilih hidangan yang menyediakan anda dengan jumlah nutrien sesuai, terutamanya dari sumber protein dan karbohidrat. Sarapan pagi merupakan hidangan paling penting setiap hari yang harus anda tumpukan kepada karbohidrat. 
>>kalau yang ni aq biasa bergantung pada tahap kebuluran pada masa tu...hehe..


2) Sekalipun sibuk, jangan langkau hidangan anda! 
• Jika anda terlepas hidangan, ia akan membuatkan anda terikat untuk tunduk kepada rasa lapar. Sarapan merupakan hidangan yang paling penting setiap hari, yang mana tidak harus dilangkau. Setiap hari, hidangan pertama adalah penting untuk menambah nutrien yang hilang sewaktu masa malam. Terlepas hidangan akan merendahkan tahap gula dalam darah, mengurangkan tahap tenaga dan membuat rasa lapar tidak dapat ditahan, dan akan membuat anda makan terlalu banyak. 
>>breakfast paling kerap aq skip...nampaknya kena belajar untuk ubah tabiat ni....


3) Pesta sayur-sayuran yang sihat! 
• Sayur-sayuran penuh dengan nutrien yang membantu anda kekal sihat dan mampu mengawalan rasa lapar. Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis bunga, bayam dan sayuran kekacang perlu dimasukkan dalam carta pemakanan, kerana ia adalah tinggi serat tetapi rendah kalori. Sayur-sayuran segar akan mengisi perut dengan kadar kalori rendah dan membantu anda mengawal nafsu makan. 
>>selalu ada dalam menu lunch aq....

4) Makanan pilihan
• Pakar pemakanan mengesyorkan mengambil lebih hidangan berasaskan bijirin penuh dan mengurangkan karbohidrat ringkas untuk mengawal rasa lapar. Bijirin penuh adalah lebih kepada mengisi perut dan memuaskan berbanding makanan karbohidrat ringkas seperti putu piring, tosei, roti putih dan beras putih yang mana meningkatkan risiko kalori berlebihan. 
• Minuman smoothie yang terutamanya diperbuat dari yogurt rendah lemak dan dipenuhi buah-buahan memastikan anda bertenaga. Smoothie yang sihat adalah tinggi dari segi protein, serat dan kalsium. 
• Selain itu, elakkan pengambilan sup yang tinggi kalori. Pilihlah sup berasaskan air rebusan dan ditambah sayur-sayuran ke dalamnya untuk mendapatkan tenaga padat. 
>>errr.....

5) Tidur
• Tidur juga memberi kesan terhadap pengawalan selera makan. Kekurangan tidur menjejaskan hormon melatonin, yang berkaitan dengan selera dan akan memberi tindak balas terhadap peningkatan selera makanan. 
>>tidur aq tak tentu, bergantung pada keadaan....huhu...

6) Minum air sebanyak mungkin
• Air adalah yang paling sihat di antara semua. Selain meminum banyak air, ambillah makanan yang tinggi kandungan air. Salad, timun, tomato, tembikai, strawberi dan oren akan mengisi perut anda dengan mudah, dan mengandungi kalori rendah daripada saiznya.
>>air wajib untuk sentiasa ada....kalau tak ada, tak senang duduk di buatnye.....


artikel asal >>> http://my.entertainment.yahoo.com/news/tips-kawal-diri-dari-berasa-senang-lapar-090035773.html


semoga tips ini, dapat membantu, kita mengawal pemakanan kita dan menjadi lebih sihat, seterusnya menjadi insan yang aktif dan produktif....hehe


love
awin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...