Ahad, 8 Jun 2014

Happy Belated Bithday Mama

birthday mama sebenarnya 6 Jun, Jumaat lepas, tapi baru nak update kat blog....kat FB n Instagram dah wish dah masa hari tu...hehe...
almaklum....line internet macam biskut, kejap ada kejap tak ada....huhu....
ok back to the topic.

Happy belated birthday untuk mama saya yang tersayang Puan Roslina Binti Salleh.
semoga mama panjang umur, murah rezeki dan sihat sentiasa Insya-Allah....
I LOVE YOU MAMA....


p/s: tahun ni wish dari jauh jerk....sebab tak balik JB minggu ni....huhu....

love
awin

Selasa, 13 Mei 2014

Mama I Love You

sempena Hari Ibu....gambar ada post kat Instagram...nak copy tak dapat pulak....so nah lah lagu jerk....walaupun dah belated....nak post gak....hehe....


 

Jumaat, 18 April 2014

another family

Salam.....
alhamdulillah, semester ni berkesempatan sertai kelab yang berkaitan bidang kefasilitatoran....
sejak join FAC....makin suka join jadi fasi ni....haha....

yang ni salah satu kelab yang ada dalam UiTM Shah Alam iaitu Akademi Fasilitator yang juga bernaung bawah Kementerian Belia & Sukan.... bermula dengan langkah pertama sertai temuduga yang dibuat pertengahan Mac lalu....masa interview bermula pukul 8.30 malam...tapi dekat pukul 9 malam aq baru sampai tempat interview....tapi aq orang pertama yang di interview....dan dapat nombor giliran 001...haha...terkejut lah sekejap masa tu....haha...nervous gila masa interview sampai dia suruh baca doa Qunut, aq take time agak lama baru boleh baca....haha...lol....pulak tu datang sorang2 tak ada member...lagi nervous macam hape....haha...

dipendek kan cerita...dapat ke next stage.....time ni ada dalam 20 orang terpilih....so buat aktiviti LDK yang telah disediakan.....last sekali....Alhamdulillah terpilih sebagai ahli kelab....kelab ni special dan pelik sebab setiap semester hanya mengambil ahli seramai 11 orang sahaja....ada sebab dia kenapa 11 sahaja....tapi tak perlu lah nak detail kat sini kot....hehe.... aq merupakan ahli bagi Akademi Fasilitator batch 13 atau singkatan dia AF13....*ni bukan AF nyanyi2 tu ea...*

tapi untuk AF13 hanya ada 10 orang sahaja, sebab lagi sorang yang terpilih tu, tak dapat bagi komitmen....huhu... so ada 5 lelaki dan 5 perempuan dalam AF13....yeya...
lelaki : Azari, Hafiz, Hafizi, Razi n Alip
perempuan : Mira, Dahlia, Ju, Kiah n Aq.....

lepas terpilih sebagai ahli kite orang kena hadiri Kursus LKK1 selama 2 hari....masa time LKK ni lah dapat get close dengan 9 yang lain....
masa 2 hari tu, beberapa kali gak lah aq jadi bahan gelak semua....haha...itu semua sebab ke blur an aq yang melebihi dari yang lain....lol....masa main game teka-teki aq terkena sebab aq lambat tangkap sebab Beruang binatang paling kaya...haha....lepas tu masa buat video AF 2 kali aq menyebabkan orang ketawa....sabar jerk lah....haha......

overall best lah LKK AF ni...dapat tambah ilmu....ada lagi 2 LKK kena pergi.....tapi tarikh nya tak tahu lagi bila....huhu....
ok lah layan lah gambar kami...mostly gambar selfie....
1st day selfie with Ju, Mira n Kak Kiah...
photoboomb by Hafiz AF11

ada lagi photoboomb

selfie with Kak Kiah sementara tunggu nak record video

yang belakang sibuk discuss...aq selfie...haha..time ni tengah tunggu bas nak balik...


dalam salah satu sesi Razi ketawa, Azari serius...haha...

dari kiri : aq, Ju, Kiah n Mira
photoboomb by Hafiz

tengah discuss pasal next aktiviti
Hafiz, Azari, Razi n Alip

makan-makan....tu antara senior AF yg datang

selfie sebelum balik yg paling kanan tu Hafizi...muka macam Azhar Azhael

itu jerk lah cerita AF ni.....


love
awin

Khamis, 17 April 2014

dah habis SPM ker???

entry ni khas untuk mereka yang dah habis SPM....tapi kalau yang belum habis SPM nak baca pun apa salahnya....hihi.....kalau yang dah lalui zaman lepas SPM tu, dah lagi expert kot dari aq ni....hehe...

Matrikulasi/Asasi atau Diploma??

entry ini lebih kepada pengajian di dalam negara...
persoalan yang sering dipersoalkan mengenai kabagusan program berkenaan.... semuanya berbalik kepada diri sendiri.....sedikit penerangan mengenai Matrikulasi/Asasi dan Diploma :

Matrikulasi/Asasi
- program Matrikulasi adalah di bawak Kementerian Pelajaran Malaysia, manakala program Asasi adalah program di bawah universiti yang menawarkan program ini seperti UiTM dan UM.
- program ini mengambil masa 1 tahun hingga 2 tahun, bergantung kepada program yang ditawarkan.
- disebabkan tempoh pengajian yang singkat, cara pembelajaran nya juga adalah cepat
- di Matrikulasi sistem pengajian adalah 70% daripada final exam dan 30% daripada carry mark (kehadiran, assignment dan lain2) *ini tertakluk kepada perubahan di kementerian (bagi program asasi tidak diketahui)
- cara hidup seperti tinggal di asrama, kerana anda perlu tinggal di dalam kolej dan tidak boleh keluar sesuka hati. tetapi tiada pakaian seragam seperti sekolah
- selepas tamat pengajian, sijil tidak laku untuk mohon kerja, taraf pendidikan dikira SPM, oleh itu sangat digalakkan terus sambung di peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree)

Diploma
- program di universiti.
- tempoh pengajian 2 tahun setengah ke 3 tahun, bergantung kepada program dan universiti.
- sistem pengajian 60% final exam, 40% carry mark (bergantung kepada universiti)
- cara hidup bebas, tidak tetap perlu tinggal di kolej
- sijil laku untuk memohon kerja dengan taraf pendidikan diploma
- selepas tamat pengajian boleh memilih sama ada ingin teruskan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau terus bekerja.


itu adalah sedikit perbezaan, yang mungkin boleh membantu adik2 lepasan SPM membuat pilihan untuk sambung belajar. saya hanya ada pengalaman di Matrikulasi, so kalau diploma tu kurang tahu sikit...tapi kalau ada apa2 soalan boleh tanya di ruangan komen atau PM di FB...Insya-Allah akan dibalas secepat mungkin berdasarkan apa yang saya tahu.

PEACE



love
awin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...