Jumaat, 31 Disember 2010

My Last Entry for 2010


Sekarang ni, hanya tinggal kurang daripada 3 jam sahaja lagi kita akan sambut tahun baru, tahun 2011. Tahun baru bererti kita akan memasang azam baru atau meneruskan azam tahun 2010 yang masih tidak tercapai. Seperti aku juga, azam tahun 2010 yang masih belum tercapai sudah tentulah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010, kerana keputusannya hanya akan diumumkan pada tahun 2011.
Kepada semua pembaca blog aku, Its My Life , terima kasih atas kesudian kalian yang sudi membaca blog aku ini walaupun sejak kebelakangan ini aku kurang mengupdate blog ni.
Selain itu, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga segala kenangan yang pahit dan manis di tahun 2010 dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk mematangkan kehidupan kita pada masa akan datang.
HAPPY NEW YEAR 2011

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...