Rabu, 31 Ogos 2011

Aidilfitri datang lagi

salam,

alhamdulillah Ramadhan telah sampai ke penghujungnya, dan semoga kita bertemu kembali di Ramadhan akan datang, Insyallah...

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi, saya Puteri Norazwin Binti Razali ingan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki atas segala salah silap yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak dan saya ingin memohon agar menghalalkan segala makan minum, dan ilmu yang telah diberikan terutama kepada keluarga yang dekat dan jauh.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua yang mengenali diri ini terutama rakan-rakan, guru-guru, para pensyarah di Tadika Kemas Tmn Dawani (1998-1999), SK Senai (2000-2005), SMK Senai (2006-2009), SM Teknik Johor Bahru (2009-2010) dan Kolej Matrikulasi Johor (2011-sekarang).

Tidak dilupakan ucapan ini untuk semua pembaca blog Cutegurlzz93.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...