Isnin, 22 Oktober 2012

sedikit coretan cerita....

Assalammualaikum....
hye....lama nye tak menaip dekat lapp ni....hehe....pada perancangan awal nak tunggu balik rumah sempena cuti raya Aidiladha nanti, baru update story....tapi sebab dah dapat online dekat lappy ni, apa lagi, update lah kan....hiks...

nak cerita serba ringkas lah antara aktiviti yang aq buat sepanjang aq berada di UiTM Shah Alam 




ni.....
1st sekali pasa Festival Nasyid Universiti ke-12 (FeNU12) anjuran Jawatan Kuasa Perwakilan (JPK) Kolej Perindu yang telah diadakan 28 September 2012 yang lalu....dan pertandingan ni telah menerima pernyertaan dari 5 buah universiti termasuk UiTM Shah Alam sendiri....dan pertandingan ini telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.

detail pasal FeNU12 ni aq akan story dalam entry lain, sebab nak masukkan ada video sekali....hehe....



Seterusnya adalah pasal Engineering Unity Carnival (EUC) 2012. program ni, adalah program yang wajib disertai semua pelajar baru jurusan engineering, gabungan 4 fakulti kejuruteraan (Elektrik, Kimia, Mekanikal dan Awam). Program ni, best lah....dan beri peluang untuk berkenalan dengan kawan-dari lain2 fakulti, berkenalan dengan senior dan mengenali Alumni dari jurusan kejuruteraan.

program ni tak terlalu ketat macam MDS lah....yang bestnya masa last night lah...tapi tak boleh nak story lebih, sebab nanti tak syok lah untuk bakal2 pelajar engineering UiTM Shah Alam akan datang, sebab diorang dah tahu apa yang akan berlaku....sebab ianya adalah tradisi.....hehe....kalau nak tahu silalah melayakkan diri anda menjadi pelajar engineering UiTM Shah Alam ni.....hiks....

dalam program ni boleh tengok crew-crew yang gile-gile....berkenalan dengan Group Leader (GL) yang baik-baik....lepas tu belajar lagu-lagu budak Engine.....ada gak dimasukkan aktiviti sukan selain aktiviti LDK....yang perempuan dia bagi game sukaneka, yang lelaki ada game bola sepak menggunakan bola ragbi (*korang paham tak macam mana game nyer??? game ini adalah seperti permainan bola sepak, tetapi ianya menggunakan bola ragbi yang tak bulat tu....hah paham??? kalau tak paham gak, Lu Pikir Lah Sendiri.....hehe*)

pembentangan bendera

menyiapkan bom bukit kepong



dan yang terakhir pasal experiment subjek EPO412 (Electrical Engineering Lab 1), ni experiment mingge lepas, dimana suatu tragedi telah berlaku....huhu.....tak de lah tragedi sangat pun....jangan risau tak ada sesiapa yang mati atau cedera pun....saja jerk nak bagi dramatik sikit....haha....

tajuk experiment adalah Application Of Diode....dalam salah satu part enperiment tu, menggunakan transformer....*ni bukan yang macam movie transformers tu ea...*
nak buat enperiment ni, kena dalam kumpulan, dan setiap kumpulan tu ada 3 orang sahaja, dalam kumpulan aq, Aq (of course lah kan), Wani dan Kheilda....

dulu masa sekolah pernah gak lah main2 dengan komponen2 ni....tapi dah lupa sikit, ia ur, masa matrik mana ada guna....huhu...so aq tak sure nak tentukan kaki positif ngan kaki negatif untuk Capacitor....dan tak sure nak pasang arah mana dekan breadboard tu. so masa transformer tu masih  'ON' aq try nak masukkan dalam breadboard, tapi breadboard tu, macam susah sikit nak masukkan kaki kompenen dalam tu, dalam tengah berusaha nak masukkan kaki capacitor tu, aq rasa capacitor tu makin panas.....so tak berani nak teruskan masukkan dalam breadboard....

*breadboard adalah papan berwarna putih yang banyak lobang2 tu dalam gambar dibawah.

lepas 'OFF' power supply, try masukkan balik....then 'ON'.....hamik ko, tak pasal capacito tu meletup....terbakar.....siap ada asap keluar dari capacitor tu....orang lain buat experiment sama gak, tapi tak de lah sampai rosak komponen tu, kite orang.....hah.....tapi normal lah tu....kalau jadi budak engineering, macam tu lah....as long tak ada yang cedera or mati, ok lah kan....haha....

component sikit jerk, tapi wayar berselirat...

capacitor yang terbakar....haha...
Wani dan Kheilda bersama capacitor terbakar..




dan untuk pengetahuan korang, sekarang ni, aq online di lappy menggunakan internet akses dari YES....fungsi yang sama seperti berukband, cuma yang ni, aq tak amik Dongle, tapi aq amik handphone yang berfungsi sama seperti Dongle. RM99 untuk Dongle, RM100 untuk handphone...so mana lagi berbaloi??? dia ada untuk prepaid dan postpaid....untuk sekarang aq guna prepaid jerk, sebab kadar penggunaan internet aq sikit jerk....buat suka suki.... dan yang best nya untuk student IPT yang mana IPT tu berkolabrasi ngan YES, akan dapat free 300MB setiap bulan, bersamaan dengan RM9. cuma 1st time jerk perlu beli Dongle dia....

YES INTERNET MUDAH ALIH 4G TERPANTAS.

untuk maklumat lebih lanjut layari www.yes.my



*saya bukan duta YES yer....saya promote apa yang saya rasa bagus untuk dikongsi bersama. Sekian.


ok lah, assignment bertimbun tak siap lagi ni, hehe....
saya balik rumah Insya-Allah sempena Aidiladha ni.....hoyeh.....
ok....bye....




love
awin

1 ulasan:

Unknown berkata...

welcome to UiTM Shah Alam.. me 2 student sini. happy friendship :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...