Sabtu, 2 Februari 2013

Sandwich telur....favourite...

sumber >> link

Salam....
bila dah dekat rumah ni, suka lah kan....dapat makan suka suki.....dan paling best dapat masak, bila dah lapar....haha....kalau kat kolej mana boleh nak masak-masak.....kalau nak masak maggi boleh lah....tu pun sekadar rendam dalam air jerk...huhu....

kali ni saja nak share antara makanan yang paling senang untuk di buat dan senang nak makan....
Sandwich Telur.....biasa orang makan buat breakfast, tapi aq suka makan bila time tengah malam, tiba2 rasa nak makan, so buat lah samdwich telur.....kalau aku rajin, aq masak lah tuna ker sardin ke....kan....

nak buat sandwich telur ni senang jerk, budak2 pun boleh buat gak....

bahan-bahan :
Telur
mayonis
garam (secukup rasa)
serbuk lada sulah
roti

cara :
- rebuskan telur sampai masak, kalau nak buat banyak, rebus lah telur banyak2....kalau setakat nak makan sorang sebiji telur pun dah cukup.ikut tekak masing-masing lah...
- kupaskan kulit telur, kemudian hancurkan telur guna garfu.
- masukkan mayonis, garam, dan serbuk lada sulah secukup rasa. kalau suka mayonis, boleh letak lebih. kalau nak pedas boleh tambah serbuk blackpaper
- last sekali boleh lah makan dengan roti, kalau nak jadikan lebih healthy boleh letak salad, atau apa-apa sayur yang bersesuian.

*boleh campur apa sahaja yang korang suka....ikut kreativiti dan kerajinan masing-masing


masak ni, kena kreatif, dan tak semestinya kena ikut resepi bulat-bulat, yang penting masak dengan kasih sayang....tu yang buatkan makanan kita lebih sedap.....*tu mak aq lah yang kata*...
sebab tu, pada semua orang, masakan yang paling sedap adalah masakan ibu kita sendiri, kerana mereka masak untuk keluarga dengan kasih sayang....

cook with love


love
awin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...