Sabtu, 30 Mac 2013

Tanda Putera di DATC

sumber dari Mr. Google


Hari Isnin lepas (25 Mac 2013) telah ada tayangan perdana filem Tanda Putera.....filem yang penuh kontroversi sedangkan tayang filem itu belum di lakukan, kerana berlatar belakangkan tragedi 13 Mei.... pada sebelum ni, pernah nak diadakan tayangan perdana TP ni, tapi ditunda dan dikukar kepada program lain....dan akhirnya pada Isnin lepas, tayangan perdana TP berjaya dilaksanakan....


di sebabkan jadual kelas aq, hari Isnin kelas habis pukul 4 petang, dan segala kerja untuk kelas hari Selasa dah siap, so gunalah peluang yang ada nak tengok filem kontroversi ni kan....yang sebelum ni, yang katanya nak adakan tayangan perdana TP, kena beli tiket nak g tengok....tapi untuk yang aq pergi ni, FOC....yeay....hahah....

tayangan perdana Tanda Putera telah dilakukan di Dewan Agung Tuanku Cancelor (DATC) UiTM Shah Alam....ikut notis, pukul 8.30 mula....tapi pukul 8.30 malam gak lah aq baru nak gerak dari bilik....hihi....tapi masa sampai tu, VIP baru sampai....dan kali ni, 1st time naik aras 3 kat DATC....selama ni, asik aras 1 ngan 2 jerk....best gak kat atas....tapi jauh sangat dari pentas....so tak nampak sangat muka VIP....ngeee....

Alhamdulillah, cerita nya sangat best (pada aku lah...tak tau lah pendapat orang lain) pasa 13 Mei tu, bukan nya dari mula sampai habis latar belakang dia 13 Mei pun....filem ni, lebih berkisarkan persahabatan antara Tun Abdul Razak dengan Tun Dr. Ismail....Tun Dr. Ismail merahsiakan penyakit yang dia ada, sebab tak nak susahkan Tun Abdul Razak yang juga sedang sakit....

selain tu, dalam filem ni, ada watak semua Perdana Menteri Malaysia (yang pertama hingga ke-5) tapi watak DS Najib, masa tu muda lah kan....dan dalam filem ni, ada tunjuk keberanian Dr.M menghantar surat kepada Tunku Abd Rahman supaya letak jawatan kerana permasalahan 13 Mei.... *maaf kalau salah fakta*

cuma dalam filem ni, pada aq, CGI dia tak semua menjadi....ada yang nampak macam over....dan ada scene2 yang nampak sangat buat dalam studio.....tapi jalan cerita menarik....


cun cun jerk...time nak amik gambar tengah scene ni....

barisan VIP yang hadir...Zizan Nin, Kavita Sidhu dan Datin Paduka Suhaimi Baba turut hadir sama...
turut hadir Naib Cancelor UiTM


tak tahu apa motif buku ni diberikan...

love
awin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...