Isnin, 13 Januari 2014

beg duit kena curi

tarikh kejadian : 12 Januari 2014
masa kejadian: diantara pukul 2.15 petang ke 5.15 petang
lokasi kejadian : aras 10 fakulti kejuruteraan elektrik uitm shah alam

kronologi kejadian :
pada tarikh dan masa kejadian aq ada final exam dekat fac(fakulti). macam biasa lah time exam kan bag kena tinggal kat luar dewan exam. so sebab sebelum ni tak pernah berlaku kejadian yang tidak diingini, selamba jerk lah tinggalkan purse dalam bag. sebab sebelum ni exam kat DATC, pusat sukan, n dewan Annex tak pernah aq atau kawan2 yang hilang barang so tinggalkan jerk lah... tapi masa sebelum masuk dewan exam tu, ada rasa sikit rasa macam tak sedap hati....tapi ignore jerk lah, then terus masuk dewan.

masa dalam exam tu, aq notice ada sorang yang tak datang lagi, n kebetulan aq duduk dekat dengan pintu, so boleh dengar orang lalu lalang...n ada one time tu, aq dengar orang lalu dekat koridor then dia macam berhenti dekat dengan pintu, ingatkan dia nak masuk, tapi tak masuk pun, then dengar bunyi tapak kasut tu berlalu pergi....(maybe tu lah pencurinya kot).....ntah lah....

lepas habis exam, aq amik bag, simpan barang then terus gerak balik....bila dah sampai lobi tu, cek lah poket yang aq letak purse tu, then tengok tak ada dah purse, padahal sebelum pergi exam tu aq rasa aq dah masukkan dalam bag....untuk sedapkan hati, aq cakap dengan diri aq maybe aq terlupa masukkan dalam bag kot sebelum pergi exam tadi....so terus balik bilik sebab nak konferm kan.

sampai bilik, cek dekat atas meja (tempat biasa aq letak puse) tengok-tengok tak ada.... so memang sah purse kena curi....terus nangis masa tu.....dah lah roomate dah balik (check-out kolej) so tak tahu nak ngadu kat sapa....

dah lah aq tak makan dari pagi, sebab memang sepanjang exam week aq tak lunch juz makan roti jerk sebelum exam. plan nya lepas habis exam nak beli makanan, tapi sebab purse dah dicuri, terpaksa lah tahan lapar....dalam bilik makan segala jajan n instant food yang ada....

dah malam nya baru bagi tahu dekat mama....nasib baik masa balik JB masa study week hari tu tertinggal I/C kat JB....so dalam purse tu tak ada I/C....yang hilang dalam tu, duit (baru withdraw untuk belanja seminggu) , lesen memandu, 3 kad atm dan kad lain2....tapi nasib baik aq jenis yang tak simpan no pin atm dalam purse...harapnya tidak lah hilang duit yang dalam bank...


hari Isnin (hari ni) lah baru nak g bank nanti nak suruh block 3 3 kad tu....huhu....
thanks so much to Kak Ziela sebab malam2 hantarkan duit kat Awin.....

to kheilda....aq teman ko shopping jerk lah nanti....tak dapat nak shopping sama nampaknya....huhu....
hari Sabtu minggu depan baru habis exam aq....huaaa....lambatnya....ramai yang dah habis paper dah.....huhu...

ni adalah kali ke-3 purse aq kena curi....
k lah....
need to sleep...i cry too much today....


p/s : moral of the story tak akan tinggalkan purse dalam bag tanpa jagaan lagi....


love
awin



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...