Selasa, 10 Jun 2014

MPPB KMJ 2014/2015

Alhamdulillah, berkesempatan lagi tahun ni untuk melibatkan diri dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bagi sesi kemasukan pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) 2014/2015. dua tahun lepas kali pertama sebagi fasilitator, tahun lepas hanya datang melihat adik-adik fasi buat kerja...tahun ni, terlibat dari mula hingga akhir MPPB sebagai fasilitator sekali lagi.

pendaftaran pelajar baru pada 26 Mei 2014 yang lepas tetapi, fasilitator sudah mula berkampung di KMJ pada 23 Mei, 3 hari lebih awal bagi membuat persiapan dan menghadiri kursus induksi. tapi sebab hari Jumaat aq ada kelas sehingga pukul 7 petang, so aq sampai dekat KMJ hari Sabtu, plan nya nak sampai dalam tengah hari, tapi sebab naik public transport kenalah ikut time dia kan....so dalam 3.30 petang baru sampai dekat KMJ....hehe...

sebagai fasi senior kite orang tak terlibat sangat masa kursus induksi, lebih kepada bantu handle fasi baru (baru habis belajar kat matrik batch 2013/2014). tapi masa MPPB semua sama jerk kena buat kerja... cuma kali ni lucky sikit sebab aq tak pegang mana-mana praktikum. pada mulanya ada diberi praktikum, tapi sebab praktikum yang diberi tak wujud, so i'm free....haha....tapi tak free mana lah...bila ada fasi lain kena keluar atas sebab interview universiti dan sebagainya, aq lah kena take over tempat diorang sekejap...huhu...

perjalanan MPPB lebih kurang sama jerk setiap tahun pun....cuma kali ni MPPB KMJ sampai hari Khamis jerk, sebab Johor kan dah tukar cuti hari Jumaat Sabtu, so MPPB tu berlangsung hari bekerja sahaja....

masa kali pertama jadi fasi (kemasukan batch 2012/2013) aq mengahadap orang dari Bahagian Matrikulasi, kali ni aq terpaksa menghadap parents (actually si emak kepada pelajar baru) yang sangat lah annoying perangainya....fuhh....paling tak best sebab dia compare2 kan universiti yang ada kat Malaysia ni, lepas dia tanya aq belajar kat mana n course apa....sabar jerk lah, walaupun masa tu dah rasa nak sound jerk mak cik tu....dan lagi satu dia compare KMJ dengan matrik lagi satu (sebab anak dia yang sebelum ni masuk matrik tu). kalau tak suka, tak yah masuk....senang jerk....dan ada sesetengah ibu bapa ni kadang2 menyebabkan pendaftaran anak diorang lagi lambat nak settle. budak tu dah 18 tahun, bagi lah diorang urus sendiri supaya diorang dapat belajar, parents hanya lihat dan tegur mana yang perlu sahaja. (tu pendapat aq, kalau tak suka korang punya pasal)

yang lain2 biasa jerk lah....cuma kali ni, aq telah berjaya cakap di hadapan lebih 300 student dengan mic...haha....suatu pencapaian dalam diri aq....walaupun sekejap jerk.....hiks....tu pun sebab aq tolong untuk handle pembahagian praktikum bagi jurusan akaun....weeee.....

nak cerita banyak2 tak rajin....so nah tengok lah sedikit gambar masa MPPB KMJ 2014/2015
permainan botol..

sebelum mula permainan Saham.

time belum mula game boleh lah nak senyum...

muka dah tegang bila duit dah kurang sebab kerugian dalam pelaburan

makan pukul 1 2 pagi tu normal bagi kami...

mendengar sedikit kata2 dari En Hassan, penasihat fasilitator

dari kiri : Aq, Kak Wahida, Kak Ida n Yanie

Abg Lamka belanja kek....weee

menyempat selfie...

bergambar sebelum memulakan tugas sebagai fasilitator



another selfie

gelombang pink...

antara fasi baru lelaki

budak2 dengar taklimat, fasi sibuk selfie....lol

selfie lagi...masa buat kerja pun boleh...haha

10 pasangan kembar di KMJ

gelombang manggis pulak (manggis sebab baju purple hijau)

arobik dan J-robik session

aq menyelet jerk masa nampak diorang nak bergambar....haha

selfie di padang pulak

selfie sebelum sesi bergambar formal untuk fasi...

dengan adik2 praktikum MS17...masa ni fasi diorang dah balik,
so aq take over...

dengan najwa Latif KMJ...haha...fasi baru Eycha..

antara fasi lama dari kiri : Kak Ida, Mamu, Hafiz, Aq
dari kiri depan, Kak Whida n Abg Amir


barisan fasilitator yang terlibat dalam MPPB KMJ 2014/2015
*tak semua fasi ada

Video MPPB...weeee.....tema dia tiba2 jadi lagu Let It Go


Insya-Allah kalau ada rezeki, panjang umur boleh jumpa lagi.....


love 
awin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...