kat sini aq nak share ngan korang sajak yang menyentuh hati daripada genious matematik Malaysia iaitu ADI PUTRA.
"Akulah Adi Putra"
Akulah Adi Putra,
Melayu tidak pernah lupa,
Duduk di tahun satu,
Rasanya tersiksa,
tiada siapa peduli,
tetapi aku bisa bedakan.
Ilmu Allah bagi,
dan ilmu di ajar guru,
bermula dengan,
A,B,C one,two three, alif, ba, ta,
dimana trillion, dimanakah billion?
dimana tahfiz al-Quran?
di mana doa-doa para nabi. para wali?
untuk apa aku disini ?
aku berfikir rasional,
aku berfikir international,
pandai aku, bijak aku, comel aku,
hanya untuk ditonton, di uji dan di puji,
aku malu alangkah ruginya mereka,
untuk apa semua ini?
dimana mata hati mereka?
pujian biarlah bertempat,
marah biarlah bersopan,
kurang ajar biarlah berbudi bahasa,
tersirat mereka tidak nampak,
tersurat sahaja mereka lihat,
dimana silapnya?
Rasulullah memimpin ummah,
hebatnya baginda,
pimpinlah aku,
doakanlah aku,
aku punya cita-cita,
aku punya idola,
barangkali aku kecil,
mereka hanya ketawa.
Allah maha pekasa,
tahfiz al-quran itu hebat,
hafaz yassin itu penerang hati,
matematik itu tunjang ilmu,
ayuh bangsaku bangunlah kita bertemankan islam,
kita penuhkan ilmu di dada,
kita jadikan melayu hebat dipersada dunia,
bersama ku Adi Putra,
akulah modal insan anak melayu jati
wawasan 2020,
takkan melayu hilang didunia,
pantang melayu menderhaka pada sultan nya.
pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara,
mengapa bersembunyi diri disebalik ibu pertiwi?
sejengkal pun tanah air ku dijajah,
biar putih tulang,
jangan putih mata.
kat sini aku sertakan sekali
video nye dlm rancangan A C?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan