Sabtu, 26 Disember 2009

Sehati Berdansa Musim Ke-3


hurm....

tadi telah terungkai lah teka-teki mengenai siapa yg akan bergelar juara sehati berdansa musim ke-3 yang di siarkan di astro ria (chanel 104)...

malam yang menyaksikan pertarungan antara pasangan Sein♥Nana dengan pasangan Sazzy♥Nazril....mereka telah d tugaskan untuk menarikan dua jenis tarian iaitu tarian Melayu Kontemprari dan tarian Latin....untuk tarian Melayu Kontemprari,kedua-dua pasangan diberikan lagu yang sama iaitu lagu Kurik Kundi daripada Datuk Siti Nurhaliza, tetapi kedua-dua pasangan ini diberikan verse yang berbeza.
Pasangan Sazzy mendapat verse Kelantan, manakala Pasangan Sein mendapat Verse Perak.
Bagi tarian Latin pula mereka di galaskan tugas untuk menari tarian Latin pada masa yang sama...
persembahan yang di tampilkan kedua-dua pasangan sangat menarik dan menghiburkan semua yang menonton.
Malam Kemuncak Sehati Berdansa Musim Ke-3 turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Stacy dan Adam menerusi lagu Menggegar Dunia. Selain itu, lagu tema sehati berdansa turut dipersembahkan oleh Hafiz AF7 berserta tarian lagu tema oleh semua peserta Sehati Berdansa.
Keputusan pemenang yang diumumkan olah hos rancangan itu iaitu Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya agak memeranjatkan ramai, kerana ramai berpendapat bahawa gelaran raja dan ratu sehati berdansa musim ketiga akan dimenangi oleh Sazzy♥Nazril kerana mereka sering memukau penonton dan juri dengan aksi stan dan tarian yang menarik. Walau bagaimanapun, persembahan Sein♥Nana turut memberikan saingan sengit kepada pasangan Sazzy♥Nazril.
Dengan 100% keputusan terletak di tangan penonton telah membuatkan Sein♥Nana menerima gelaran Juara Sehati berdansa yang turut menerima hadiah yang lumayan iaitu sebuah kereta Audi A4 (1.8); pakej bulan madu ke Rom,Itali serta trofi sumbangan Astro. Selain itu mereka juga berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang diwakili mereka. dan koregrafer pasangan Sein♥Nana turut menerima pakej percutian ke Rom, Itali berserta trofi sumbangan Astro.
Sebagai Naib Juara Sehati Berdansa Musim Ke-3 juga, pasangan Sazzy♥Nazril menerima hadiah pakej bulan madu ke Australia dan trofi sumbangan Astro serta dana untuk rumah kebajikan yang mereka wakili berjumlah RM15,000. tidak lupa koregrafer pasangan Sazzy♥Nazril iaitu Papa J, turut membawa pulang pakej percutian ke Australia berserta trofi sumbangan Astro.
walau sesiapa pun yang memegang gelaran Juara, kita patut menghargai usaha mereka untuk membantu mengumpulkan dana untuk badan kebajikan yang mereka wakili.
Tahniah kepada kedua-dua pasangan Sein♥Nana dan Sazzy♥Nazril kerana telah layak ke Malam Kemuncak Sehati Berdansa serta telah mempamerkan cabaran untuk melaksanakan tarian yang diberikan pada setiap minggu selama 10minggu. tidak lupa kepada koregrafer pasangan Sein♥Nana iaitu Bayu dan Sazzy♥Nazril iaitu Papa J, kerana telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik sekali. Tahniah untuk semua..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...