Isnin, 28 November 2011

Karnival Pendidikan & Kerjaya

bermula hari khamis sehingga jumaat yang lepas (24-25 Nov) unit Kaunseling KMJ telah mengadakan karnival kerjaya dan pendidikan....dan disebabkan program ni di bawah unit kaunseling, so semua PRD turut terlibat sama dalam menjayakan program ni....

hari Selasa, yang merupakan hari cuti bagi negeri Johor bersempena hari lahir sultan Johor, telah digunakan oleh ahli PRD untuk mengemas tempat2 yang akan digunakan ketika karnival berlangsung....huhu...

dan pada hari khamis karnival berkenaan telah dirasmikan oleh pengarah KMJ sendiri...
dan pada hari berkenaan saya telah skip beberapa kelas kerana tugasan yang diberikan meskipun saya bukan ajk bagi karnival tu....(tak pe, ada surat pelepasan....hehe...) kalau tak silap dalam 3 jam jerk masuk kelas....hihi....tu lah nak menyebok juga....tapi ada best nya juga.....

karnival ni telah berlangsung di Perpustakaan KMJ....terdapat beberapa IPT yang bersama menjayakan karnival ni, antaranya UTM, USM, UUM, UKM, UiTM dan beberapa lagi (tak ingat lah...hiks..)

yang best masa karnival ni, adalah mendapat bag, pen, keychain, mouse pad, dll.....banyak juga yang datang bukan nak tahu sangat pasal u tu, tapi nak kan cenderamata....hehe...aq pun join sama...adalah dalam 3 jenis bag aq dapat....haha....ala kalau pergi Karnival Jom Masuk U pun, lebih kurang sama jerk.... pamphlet yang diberi pun banyak yang aq dah pernah dapat....so macam malas nak amik...haha....tapi ada juga pamphlet yang  yang baru....

semasa karnival turut berlangsung sesi taklimat daripada universiti yang mengambil bahagian...

gambar tak banyak sangat....snap pakai phone jerk....

 motif tunjuk ni, sebab saya salah seorang yang tolong design tag ni...(2 orang yang design tag ni)


ujian kerjaya, mendapat sambutan yang di luar jangkaan


 pukul 4-5 petang, sesi program mentor-mentee digunakan mengunjungi karnival kerjaya




salah satu sesi taklimat yang aq pergi....UKM 

  taklimat dari UTHM


semasa bertugas sebagai urusetia, yang best nya dapat makan free....dalam 1 hari tu, boleh jimat duit makan.... pagi ada makan, tengah hari ada makan, petang ada makan.....gila kalau tak kenyang....n makanan pun sangat banyak....hehe....

karnival ni tamat jam 5 petang pada hari jumaat yang lalu....
untuk hari jumaat tu, aq tak skip kelas.....dah lepas habis kelas baru aq g bertugas....hehe....

*ayat ala-ala formal macam buat report dah.....haha....



love
awin


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...