ni dah raya ke-3 baru reti nak buat entri....hehe......*eh, 1st raya aq dah wish raya ler kat blog ni...ngeee...*
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blog Cutegurlzz93 dan semua yang mengenali diri ini....
seperti tahun2 sebelum ni, 1st raya adalah di rumah sendiri....hihi.....bermula sesi bermaaf-maafan dan dapat duit raya, lepas tu, kita bergambar....biasanya bergambar dekat ruang tamu, tapi tahun ni, tukar sikit....bergambar dekat luar, dekat garage kereta.....miahaha.....
pada perancangan awal tahun ni, tak ada tema yang spesifik pun, tapi bila semua dah siap pagi raya tu, macam sama tema jerk semua....huhu...
dah selesai sesi bergambar, terus siap2 kan lauk untuk dihantar ke rumah jiran aq, jiran tu yang jaga aq dari kecik sampai lah aq pindah ke Senai, sebelum tu, aq duduk Kulai, tapi sekolah dekat Senai, so lepas balik sekolah tu, pergi rumah nenek (panggilan untuk orang yang jaga aq dan adik beradik aq yang lain).
sambil tu, dapat jumpa cucu nenek yang dah lama tak jumpa, ada yang tengah jadi doktor pelatih = Daniel, ada yang tengah belajar medik = Aizat, dan lagi sorang, sebaya + sama umur + sedang belajar pharmacy = Asila, 3 3 ni, sebaya dan hampir sebaya dengan aq ngan adik beradik aq.....*kalau tak salah aq pernah cerita sikit pasal diorang, dalam satu entri....tapi lupa plak entri mana....hihi....*
dah pergi beraya, lepas tu, pukul 1 lebih, terus bergerak balik kampung dekat Segamat, kampung belah ayah aq....dekat Segamat ni bukan kawasan kampung, rumah taman, tapi kira kampung jugak lah ea...hehe... dekat Segamat, 1st raya tu tak ada aktiviti apa2 pun, sebab belum ramai yang balik....
hari raya yang ke-2 baru ramai sedara mara yang balik kampung....tapi petang raya ke-2 tu aq ngan family aq dah balik senai dah....tapi sebelum balik Senai, singgah kejap beraya dekat rumah kira macam nenek sedara lah....
dalam pukul 6 petang, terus balik ke Senai.....biasa dalam 2 jam dah boleh sampai rumah dari Segamat, tapi semalam 3 jam lebih baru sampai rumah.....banyak nyer kereta menghala ke selatan....
ok lah....
itu jerk untuk sekarang ni ea....
nanti update lagi....insyallah.....
bye....
love
awin
p/s : hari ni, sedara dari belah mak aq datang rumah....yeay.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan