Rabu, 19 September 2012

1st day kuliah

Salam....
kali ni nak share 1st week selepas berakhirnya MDS....

hari pertama iaitu hari Isnin, pukul 7.30 pagi dah bergerak ke bangunan fakulti....sebabnya nak tahu apa agenda untuk hari tu....tapi bila naik ke aras pejabat akademik, tak ada apa2 notis pun.... so beria lah gerak ke DATC, sebab dalam salah satu taklimat masa MDS tu, ada dinyatakan kena ke DATC untuk taklimat akademik, tapi tidak di spesifikan kepada mana2 fakulti. bergegas lah naik bas, sebab nak ke DATC...sampai2 dekat DATC, tak sampai seminit aq duduk, ada pengumuman bagi tahu, untuk fakulti engineering tidak terlibat dengan taklimat di DATC pada masa tu..... walaweeee.....penat tak hilang lagi, dah kena halau.....

lepas tu, berjalan kaki ke bus stop kolej perindu, sebab nak balik fakulti balik....turun dari bas, jalan nak ke fakulti, tanya lah mereka yang telah berpatah balik dari bangunan fakulti, dan mereka kata untuk fakulti aq, tak ada apa2 program untuk hari Isnin....keesokkan hari nya baru ada program....

penyudahnya, balik bilik, sambung tido....haha....fakulti lain ada yang dah start kelas dah....huhu...

hari Selasa dan hari Rabu untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik ada Program Pemantapan Wawasan....taklimat lagi.....huhu....ok lah, otak pun belum ready nak belajar....hehe.... 
hari Khamis dan Jumaat baru masuk kelas....2 hari kelas, baru 2 orang lecturer yang masuk.... yang lain belum lagi....total subjek aq amik untuk 1st semester ada 7....huhu....

so far hidup di u, sangat perlu berdikari....nak pergi kelas pun kena pandai2 daftar subjek sendiri dan pilih kelas sendiri....
niat mesti betul iaitu kerana ingin menuntut ilmu, insyallah tak ada masalah....




love
awin


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...