Ahad, 2 Oktober 2011

Larian KAKOM

kisah semalam, dimana semua kolej matrikulasi di Malaysia mengadakan larian KAKOM (ala-ala merentas desa masa dekat sekolah dulu)

pukul 7 pagi semua pelajar dah diminta berkumpul untuk mengambil kehadiran. pukul 8 pagi baru majlis bermula dengan bacaan doa dan kemudian J-robik dan poco-poco....majlis diteruskan dengan gimik perasmian iaitu berbasikal mengelilingi trek di padang oleh VIP & pensyarah KMJ...

Seterunya pelepasan pelajar untuk berlari mengikul laluan yang telah ditetapkan (kurang dari 5 kilometer)
pelajar yang dilepaskan terlebih dahulu adalah pelajar lelaki dan disusuli pelajar wanita yang bermula di trek padang KMJ...laluan yang ditetapkan melalui kawasan estet yang terletak di sebelah KMJ kemudian memasuki ke jalan besar dan masuk semula ke KMJ dan melalui kawasan belakang (rumah pensyarah, rumah pengarah dan blok kediaman pelajar)

selepas tamat larian pelajar diberikan makanan dan minuman. dan 100 pelajar lelaki & 100 pelajar wanita yang terawal mendapat pingat. selepas itu majlis diteruskan majlis penutupan larian KAKOM dan penyampaian hadiah kepada 10 yang terpantas dan blok yang mengumpul mata paling banyak... bagi kategori wanita, dimenangi oleh Blok Al- Khawarizmi (Blok F.....yeah....blok aq menang walaupaun aq tak menyumbang sebarang mata...hehe) bagi blok lelaki, tak ingat plak blok mne yg menang....hehe..

majlis diakhiri dengan lagu Persada Gemilang


 moh layan gambar yang sempat aq snap....

gimik perasmian

sampai sudah....

lautan manusia KMJ


yang depan ni semangat betul lagi...haha..





sedia...

lariiiiii.....ni group2 yang berjalan jerk....walaupun dah disuruh berlari...


makan....wani n bella....muka kepenatan...

tu menunjukkan kecerian walaupun penat berlari (berlari ker??) dan terik matahari pagi..



love
awin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...