Jumaat, 11 Mac 2011

hidup dengan matlamat


hidup ni, penuh dengan cabaran dan dugaan, setiap orang diberikan dugaan yang berbeza oleh yang Maha Esa, mengikut kemampuan seseorang itu. Namun, dalam menghadapi cabaran yang dihadapi, seseorang manusia itu perlu mempunyai matlamat yang jelas, agar apa yang di hajati dapat dicapai dengan jayanya.


sebagai contoh, seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) jika ingin mencapai keputusan 5A, mereka perlu bermula dengan menetapkan matlamat mereka untuk mencapai keputusan 5A dalam UPSR. tapi, bukan sekadar matlamat semata-mata, ianya perlu diiringi dengan usaha dan akhirnya tawakal. Dan matlamat itu perlulah tinggi melangit agar jika ia jatuh, ia akan jatuh di atas pokok, dan tidak jatuh ke tanah.


matlamat setiap orang adalah berbeza mengikut keperluan dan keinginan masing-masing. sebagai pelajar, mereka akan menetapkan matlamat untuk cemerlang dalam peperiksaan yang di hadapi, sebagai pekerja, mereka akan bermatlamat untuk naik pangkat dan naik gaji, begitulah seterusnya.


begitu juga dengan blogger, setiap blogger mempunyai impian masing-masing. antaranya adalah ingin mendapat follower yang ramai, ingin mendapat UV yang beribu-ribu..., atau mungkin hanya sekadar ingin mengisi masa lapang dengan berblogging. seperti aq, aq tidak mengharapkan apa2 cuma aq inginkan pembaca yang setia yang akan kembali membaca en3 aq taip, aq kurang pentingkan kuantiti follower (tapi kadang2 tu nak gak follower beratus/beribu) hehe... dan yang paling aq nanti-nantikan adalah comment daripada pembaca blog aq. aq rasa semua blogger pun bergitu nak tau comment daripada reader korang kan??
apa yang penting tetapkanlah matlamat yang jelas, agar impian dan cita-cita kita tercapai. sekian.
love
awin
p/s : matlamat aq masa ni adalah mendapat keputusan 10A+ dalam SPM 2010

1 ulasan:

grawwrbabe. berkata...

hehehe..betul tue dear ~!!!!
entry memang style berfalsafah... memang membuat saya tertarik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...