ye...
suatu ketika dahulu, selepas pindah sekolah ke SM Teknik Johor Bahru dari SMK Senai selepas PMR ketika di tingkatan 4 aku pernah rasa macam menyesal sebab pindah sekolah.
sebabnya dekat sekolah teknik JB, banyak sangat peraturan yang pelik (pada aku), sebagai contoh, perempuan kena pakai tudung yang labuh belakangnya sampai pinggang, labuh tepi lebih kurang 3 inchi lepas bahu (ye ke ni...tapi lebih kurang macam tu lah). lagi, kalau hari Rabu wajib pakai pakaian kokurikulum atau t-shirt unit beruniform dengan tudung sekolah (time persekolah sahaja)....yang ni memang pada aku pelik sebab biasanya kalau kat sekolah Senai, kite orang just pakai tudung biasa jerk...
Lagi, bila masuk teknik JB, aku terpaksa stay hostel sebab rumah aku boleh dikategorikan sebagai jauh. Biasalahkan bila 1st time masuk hostel, semua tak best, makan tak best, tempat tido tak best, senior pun ada yang tak best (bukan semua ok..), lepas tu kena ikut peraturan setiap masa, makan pun ada time dia. even nak tido pun ada time. boring giler. lepas tu dah lah aku tak pernah jauh dari family, malam pertama dekat hostel aku nangis. sebanya, nanti aku akan cite dalam entri lain dalam en3 Kenangan Zaman Sekolah.
aku ni, bukan jenis orang yang suka menghadap buku sepanjang masa, tapi kehidupan di teknik JB, memaksa aku melakukannya. serious memang boring. lepas tu, dengan ada histeria lah, buat aku tak suka tinggal kat hostel. tapi disebabkan tak nak menyusahkan parent aku, so tabahkan hati, tinggal jerk lah kat hostel. ketabahan aku tu, tergugat juga bila 'home sick'. start masuk hosstel aq selalu demam, padahal sebelum-sebelum tu, aq ni kalau nak sakit, teramat-amat jarang. kalau ada pun sikit-sikit je.
tapi apa yang best, dekat sekolah teknik JB, aku dapat ramai cikgu yang terbaik. bukan lah aku nak cakap cikgu lain tak ok, cuma bila kita dah belajar dengan seseorang cikgu tu, kita akan rasa sendiri sama ada cikgu tu, best atau tidak. dan aku suka sebab dalam kelas aku sentiasa dapat berada dalam senarai top 10....dalam sekolah tak dapat lah kan...dan cikgu dekat sini pun, sentiasa buat macam-macam program untuk tingkatkan akademik student nyer.
sekarang aku rasa sangat berbaloi sebab pindah sekolah, walaupun sebelum ni, pernah ada rasa menyesal, ramai orang cakap sekolah ni tak best, sekolah lame dan macam-macam lagi. Kerana cikgu-cikgu di sekolah SM Teknik Johor Bahru juga lah, aku dapat capai kecemerlangan dalam SPM (walaupun tak secemerlang mana...haha).
terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan akademik para pelajarnya. terima kasih juga kerana mementingkan agama dalam pelbagai perkara.
sekian....
dengan bangganya aku nak bagi tahu semua bahawa aku adalah bekas pelajar SMTJB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan