Isnin, 21 Mac 2011

kegilaan terlampau

warrghhh....
sory lah ea, dah lame aq tak update blog ni kan.....
nasib baik spider tak sempat buat sarang kat sini.....kalau tak bersawanglah blog aq ni.....huhu...

act tak de cite best pun....
cuma, result SPM 2010 kan akan keluar 23 Mac ni....so debaran tu semakin terasa.....harus ok, ada perasaan ni....n tarikh ni conferm result kuar (bagi yang masih tertanya-tanya) sebab ianya telah dikeluarkan oleh akhbar News Straits Times (NST).



(untuk lebih jelas, klik pada gambar)



tapi....kat sini aq nak share juga pasal semakan keputusan SPM 2010 melalui SMS.....yes....anda tak salah baca....semakan melalui sms....ni pun same macam semakan keputusan STPM yang lalu, dimana calon berkenaan boleh semak melalui sms.


(untuk lebih jelas klik pada gambar)



Keputusan peperiksaan SPM tahun 2010 akan diumumkan pada 23 Mac 2011 (Rabu). Hilangkan debaran dengan membuat semakan lebih mudah dan cepat menerusi mySMS 15888. Bermula jam 10 pagi 23 Mac nanti, anda boleh menaip SPM SEMAK [noKP] [AngkaGiliran] dan sms ke 15888. Diingatkan bahawa, perkhidmatan semakan sms ini hanya bermula pada jam 10 pagi 23 Mac 2011.


maju kan....macam2 teknologi masa kini yang boleh memudahkan manusia.

tapi walau macam mana pun, debaran still ada. ialah ni lah salah satu penentu masa depan kita.
Insyaallah, doakan lah aq mendapat keputusan cemerlang....






love
awin



p/s : Ya Allah berikanlah hambamu ini, keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2010.

1 ulasan:

zulhaq berkata...

thanks awiiin!!!really like..,mudah..,hye gunakan ...,sms jewk..,kalow aq x dpt dtg ari rabu niih boleh msg jewk..,huhuhu..,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...