Ahad, 13 Mac 2011

kisah Jepun dan teknologi nuklear

sebagai mana yang kita tahu, kejadian gempa bumi bermagnitude 9 s.r. di Jepun telah menyababkan Tsunami. hal ini telah menyababkan loji nuklear yang terletak di Jepun terjejas. Sebagai orang yang belajar fizik, aq tahu serba sedikit menganai bahayanya jika sesuatu yang buruk berlaku disebabkan loji nuklear.

walaupun, loji nuklear berkenaan terletak di luar negara, kita seharusnya turut ada rasa bimbang kerana radiasi daripada loji nuklear yang terjejas boleh tersebar ke kawasan lain mengikut pergerakan angin.
dalam berita hari ini, turut menyatakan mengenai perkara ini. sebab itu, negara-negara lain turut mengambil tahu mengenai perkara yang boleh mengancam manusia.
kat sini, aq share mengenai Loji Janakuasa Nuklear Chernobly yang meletup dan meninggalkan kesan yang sangat buruk kepada penduduk di kawasan berkenaan :



Pada 26 April 1986, reaktor keempat Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan dikawal komputer dimatikan.

Masaalah timbul semasa ujian: Reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya, kesemuanya menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil. Sistem komputer dibut semula gagal mengawal semula tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas, disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar yang tidak terkawal bermula.

Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap, akhirnya menyebabkan pembebasan wap/letupan, yang memusnahkan sebahagian reaktor. Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu tinggi reaktor dan pendedahan grafit kepada oksigen. Puing beradioaktif tercampak beberapa batu, dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit sampai sejauh sehingga Belarus.

Kesemua penduduk kekal Chernobyl dan Zon Pengasingan dipindahkan kerana aras pencemaran radioaktif di kawasan tersebut telah menjadi tidak selamat. Susu tercemar dipersalahkan bagi penyakit kanak-kanak seluruh Eropah.

Bandar Chernobyl dan kawasan sekitarnya kini menjadi rumah kepada pakar sains nuklear, pegawai pengurus bagi Logi Kuasa Chernobyl, Pegawai Pemusnah, doktor, pakar kesihatan (physicists), dan yang terbanyak, pegawai kesihatan radiasi (radiation physicists). Sungguhpun Pripyat bersebelahan kekal tidak diurus, Chernobyl telah diubah suai dan kini merupakan rumah kepada 500 penghuni tetap, termasuk pelawat ke Zon Pengasingan yang tinggal di rumah tumpangan tempatan di luar bandar Chernobyl.
(sumber dari Wikipedia)

1 ulasan:

Dda Ly berkata...

:( simpati nasib yang menimpa rakyat jepun..tp wondering, is this really end of the world?

meh ke rumah..
~monday blues~
keep in touch ye..♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...